Setiap organisasi disarankan menggunakan amalan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dalam setiap aktiviti organisasinya. Ini kerana SDG dibangunkan sebagai memantau pembangunan dan manfaat kepada manusia serta bumi.
Terdapat 17 kategori SDG yang telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2015. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri demi mendapatkan manfaat dalam bentuk yang lebih luas.
17 Amalan SDG
1) Tiada kemiskinan
2) Kelaparan sifar
3) Kesihatan dan kesejahteraan yang baik
4) Pendidikan berkualiti
5) Kesamarataan gender
6) Kebersihan air dan sanitasi
7) Tenaga yang berpatutan dan bersih
8) Pekerjaan memuaskan dan pertumbuhan ekonomi
9) Industri, inovasi dan insfrastruktur
10) Mengurangkan ketidaksamaan
11) Komuniti dan bandar yang lestari
12) Tanggungjawab terhadap penggunaan dan pengeluaran lestari
13) Tindakan iklim
14) Kehidupan di dalam air
15) Kehidupan di atas darat
16) Keamanan, keadilan dan institusi yang kukuh
17) Perkongsian untuk matlamat
Begitu jugalah dengan perniagaan berbentuk fesyen misalnya tudung. Dalam menjalankan perniagaan, organisasi anda turut boleh mengamalkan SDG supaya perniagaan anda memberi lebih value kepada masyarakat.
Konsep SDG Bagi Perniagaan Tudung
Perniagaan tudung, jika dijalankan dengan baik pastinya dapat berkembang dan kekal lama dalam pasaran. Kelestarian menjamin keutuhan sesebuah jenama dan tidak mustahil bertahan dalam pasaran selama berpuluh tahun.
Bagi menjamin perniagaan yang kekal lama dan mampan dalam pasaran, amalan SDG perlu dilakukan sejak dari awal lagi.
Modachi menyenaraikan perkara yang perlu anda amalkan bagi berdepan dengan SDG. Berikut adalah amalannya.
Bahan Mentah Mesra Alam:
Bahan mentah mesra alam perlu digunakan sebagai fungsi menjaga alam sekitar. Misalnya gunakan fabrik organik atau bahan yang boleh dikitar semula. Paling utama adalah elakkan menggunakan bahan yang menyebabkan pencemaran alam sekitar atau merosakkan habitat semula jadi di sekeliling.
Pengurangan Baki:
Sebagai pemilik syarikat fesyen, anda perlu meneliti teknologi terkini yang membolehkan anda mengurangkan sisa. Maksudnya, dalam sebidang kain yang perlu digunting untuk menjadi sehelai tudung, pastikan mesin itu boleh menggunting kain sebaik-baiknya tanpa meninggalkan baki kain yang banyak.
Penggunaan Tenaga yang Berkesan:
Dalam menghasilkan sehelai tudung, pastikan organisasi anda mampu menjimatkan penggunaan tenaga. Gunakan seminimum mungkin tenaga supaya penjimatan dapat dilakukan dan mampu menjaga alam sekitar.
Mematuhi Piawaian Tenaga Kerja:
Satu lagi perkara yang penting dalam amalan SDG bagi usahawan tudung adalah mengenai tenaga kerja. Elakkan perkara berbentuk penindasan misalnya menggunakan pekerja bawah umur, suasana kerja yang tidak selamat atau pemberian gaji yang langsung tidak setimpal dengan kerja pekerja.
Meningkatkan Kesedaran Pengguna:
Amalan SDG mementingkan tahap kesedaran dalam kalangan pengguna. Justeru, bagi usahawan tudung, anda perlu membantu dalam meningkatkan kesedaran pengguna tentang isu kelestarian melalui pelbagai cara seperti maklumat produk, kempen sosial atau penyertaan dalam program pendidikan masyarakat.
Kerjasama dengan Komuniti Setempat:
Dalam amalan SDG, sesebuah organisasi itu digalakkan untuk meningkatkan nilai komuniti dan bandar yang lestari. Justeru, melalui kempen tudung anda, cuba untuk mengamalkan kerjasama yang erat dengan komuniti setempat. Misalnya mengadakan aktiviti sukan, riadah ataupun sesi bual bicara berkaitan dengan gaya hidup wanita.
Pemasaran yang Bertanggungjawab:
Perkongsian untuk matlamat bermanfaat adalah salah satu elemen dalam amalan SDG. Sebagai usahawan tudung, anda perlu memastikan produk anda dibuat secara beretika. Malah pemasarannya juga perlulah beretika.
Kesimpulannya, dengan amalan SDG, perusahaan anda pastinya dapat bergerak secara positif dan lestari. Anda tidak perlu terjebak dengan elemen-elemen yang boleh menjatuhkan perusahaan anda; misalnya produk hit and run.