Media Legasi

Media legasi atau media tradisi seperti surat khabar, majalah, televisyen dan radio semakin kurang digunakan. Namun kesemua media ini sangat penting untuk bisnes tidak kira jenis bisnes dan jumlah jualan anda sebulan.
Format media massa yang sukar ditembusi itu kekal berpengaruh terutama membabitkan syarikat gergasi, konglomerat, agensi kerajaan, pembuat dasar dan bakal klien luar dari luar negara. Mereka masih merujuk media massa kerana ia formal manakala kandungan yang disiarkan telah disunting fakta sekali gus menjadikannya sumber berita berkredibiliti. Syarikat utama di senari Bursa Malaysia sanggup melabur ribuan ringgit asalkan syarikat mereka mendapat liputan berita daripada media legasi.
- Kredibiliti media massa tinggi
- Disukai enjin carian
- Persepsi masyarakat lebih positif
Media sosial kekal dengan fungsinya sebagai pemberi tahu dan mepengaruhi tindakan. Bagaimanapun media massa memberi idea untuk klien membuat keputusan kerana lazimnya, sejak ratusan tahun dahulu masyarkat beranggapan tulisan pihak ketiga itu lebih neutral dan jujur.
Ramai bisnes meraih kepercayaan pelanggan dengan menjadikan artikel surat khabar sebagai poster di kedai masing-masing. Anda akan dapat bonus sekiranya liputan media diberikan untuk media bercetak dan online. Ini kerana enjin carian utama seperti Google, Bing dan Yahoo! akan membaca (crawl) media-media utama terlebih dahulu. Ini sangat membantu SEO anda. Hubungi kami untuk ketahui strategi yang kami ajarkan kepada sifu-sifu jutawan.

Ketua Konsulan
“Menggunakan media legasi ini satu seni. Hanya pakar arif selok belik teknik berpencak menggunakan seni media massa”
FAIZAL ZAKARIA, CEO
Teliti profil Faizal di LinkedIn