Survei

Anda fikir stesen radio pemurah kerana selalu berikan duit percuma setiap pagi. Tanggapan itu sangat salah. Mereka sebenarnya sedang membuat kajian pendengar dan itulah caranya bagaimana stesen radio tahu anggaran jumlah pendengar mereka.
Daripada kajian berterusan itulah radio Astro dapat mengekalkan kedudukan. Mereka mengetahui hampir tepat sipa pendengar mereka, lokasi, pekerjaan, minat dan lain-lain. Tetapi bukanlah mereka menembubual 500,000 orang sebaliknya menggunakan kaedah statistik.
- Audit pelanggan anda dari masa ke masa
- Survei bantu anda membuat keputusan secara bermaklumat
- Survei tidak murah, hilang pelanggan jauh lebih mahal
Bisnes yang serius juga sama. Anda perlu kenali pelanggan dan jual apa yang mereka mahu. Tidak ada jin digunakan tetapi social listening apps yang baik boleh membaca apa yang pasaran mahukan. Nestle dan Gardenia mempunyai pemilikan berbeza. Bagaimanapun produk aiskrim pandan gula melaka kelapa dan roti kelapa pandan hampir sama bukan?

Konsultan Utama
“Sesiapa pun boleh melakukan survei tetapi hanya segelintir boleh menginterpretasi data dan membaca trend.”
Faizal Zakaria, CEO
Teliti profil Faizal di LinkedIn