7 Sebab Kena Ada Buku Sendiri Dari Sudut Pemasaran

Sebagai individu yang berada dalam dunia perniagaan, mempunyai sebuah buku sendiri dianggap sebagai satu kelebihan dari segi pemasaran. Justeru, apakah kelebihan apabila anda sebagai orang bisnes ada buku sendiri?

Buku adalah satu bahan bacaan dan semestinya buku tidak dibuang. Buku sesuai dibaca pada bila-bila masa sahaja dan buku ada nilai tersendiri. Modachi senaraikan tujuh kelebihan apabila anda mempunyai buku sendiri:

1) NAIKKAN KREDIBILITI

Apabila anda mempunyai buku, secara tidak langsung kredibiliti anda meningkat. Misalnya anda seorang usahawan jual beli hartanah. Sudah semestinya anda lebih dipercayai sebagai seorang usahawan hartanah yang trusted berbanding mereka yang tiada buku apabila anda mampu menulis mengenai kepakaran anda dalam naskhah tersebut.

Ini kerana, anda boleh mempromosikan diri anda sebagai seorang usahawan hartanah yang mempunyai buku sendiri. Malah, buku anda itu boleh anda jual ketika anda dijemput ke seminar berkenaan hartanah.

2) LUASKAN NETWORKING

Orang bisnes perlukan networking yang luas.

Networking adalah sangat penting bagi usahawan. Lebih luas networking, maka lebih berpotensilah perusahaan anda. Buku adalah salah satu cara untuk meluaskan networking. Anda mempunyai peluang untuk dihubungi oleh pelanggan berpotensi apabila mereka membaca buku anda dan terinspirasi dengan kandungan buku anda.

3) BERBEZA DARIPADA PESAING

Seorang usahawan sudah pasti mempunyai banyak pesaing dalam satu industri yang sama. Dengan adanya buku, anda kelihatan berbeza kerana anda mempunyai satu lagi cara membuat promosi diri iaitu menggunakan buku anda. Di sini, anda kelihatan lebih istimewa dan lebih berpengaruh serta dipercayai. Itulah kelainan atau perbezaannya.

4) KUATKAN MARKETING DAN PROMOSI

Buku boleh digunakan sebagai alat marketing yang kuat. Ini kerana buku boleh diagihkan sebagai bahan promosi pada majlis, seminar dan bengkel. Boleh juga dijadikan sebagai hadiah kepada pelanggan dan rakan kongsi perniagaan. Hal ini sekali gus dapat menguatkan kempen marketing perniagaan anda.

5) BOLEH TAMBAH INCOME

Buku boleh dijual untuk mendapatkan income tambahan kepada penulis.

Walaupun buku boleh dijadikan senjata pemasaran, secara tidak langsung, buku boleh dijadikan sebagai income tambahan anda. Buku boleh dijual dan keuntungan adalah hak penulis jika anda terbitkan sendiri. Jika anda terbitkan di bawah syarikat penerbitan buku, anda boleh menikmati royalti.

6) KUKUHKAN PERSONAL BRANDING

Personal branding adalah satu perkara penting bagi usahawan. Semakin kukuh branding diri anda, maka semakin kuatlah pembawaan diri anda dalam arena perniagaan. Apabila personal branding anda kukuh, lebih mudah untuk anda memperjuangkan misi dan visi anda sebagai usahawan. Mempunyai buku sendiri memudahkan anda untuk mengukuhkan personal branding.

7) TINGKATKAN PEMIKIRAN

Apabila menulis buku, anda sebenarnya menajamkan pemikiran. Ini kerana anda perlu memerah idea dan menulis dengan baik supaya mesej yang hendak disampaikan itu boleh diterima oleh pembaca. Usahawan kena sentiasa tajamkan fikiran.

Kesimpulannya, mempunyai buku sendiri sememangnya sangat penting jika anda mahu mengukuhkan kedudukan dalam arena perniagaan dan tampil berbeza berbanding usahawan lain.

Jika anda ingin mempunyai buku sendiri dan perlukan bantuan dari segi penulisan, mereka bentuk design buku, menerbitkan buku dan mencetak buku, hubungi pihak MODACHI sekarang. Kami sedia membantu. Hantarkan e-mel kepada maryammodachi77@gmail.com