Sebab Utama Posting Kena Delete Dalam FB Group (Dan Masalah Lain)

“Admin, macam mana ni post dalam FB group asik-asik kena delete la” – ini pasti situasi yang sentiasa terkena kepada rakan usahawan-usahawan yang baru sahaja nak berjinak dengan marketing di media sosial, Facebook.

Jawapannya senang sahaja, tuan/puan yang sedang membaca, dalam artikel ini akan kami ceritakan dan juga termasuk dua lagi masalah yang sering tuan/puan lalui:

Ini adalah situasi utama yang ramai usahawan lalui, bila post sahaja terus kena delete. Untuk lebih fahami cara penyelesaian, tuan/puan perlu rajin membaca details dan deskripsi Group FB yang telah disertai (joined) itu. Ini kerana:

  1. Group FB itu memang tidak membenarkan apa-apa bentuk pengiklanan
  2. Anda menggunakan perkataan yang telah di ‘ban’ dalam group tersebut
  3. Posting tersebut telah melanggar undang-undang group
  4. Posting itu tidak ada kena mengena dengan topik group
  5. Posting anda dikategorikan sebagai spam oleh Facebook
  6. Akaun FB anda baru sahaja 1 – 3 bulan di buka

Jadi apa yang anda boleh lakukan?

  1. Baca peraturan group tersebut untuk memahami rules mereka
  2. Berinteraksi dengan posting lain di dalam group itu
  3. Posting anda jangan ada berbau iklan (soft sale)
  4. Iklan perlulah diletakkan di ruang komen

Dengan menggunakan strategi di atas anda pasti berjaya mengelak daripada posting anda di delete oleh admin group mahupun Facebook sendiri.

Anda post sahaja tapi posting anda terus tenggelam di sebabkan terlalu ramai orang post pada masa yang sama. Disebabkan ini tak ada siapa pon yang dapat melihat content yang anda share dalam group itu. 

Cara untuk tanggani:

  1. Like posting anda sendiri
  2. Komen dalam posting anda sebanyak dua kali
  3. Perlu ada akaun lain dalam group itu untuk tolong like dan komen
  4. Delete komen anda, jika ingin mengelak tanggapan syok sendiri

Peraturannya senang sahaja, semakin banyak interaksi daripada ahli, makin tinggi peluang dia akan kekal di muka depan group. Pastikan ada dua hingga tiga akaun anda yang lain dalam group yang sama.

Tak boleh join group FB ada satu sebab sahaja yang selalu berulang, iaitu:

  1. Akaun baru lagi, tak sampai enam bulan umurnya

Ini merupakan sebab terbesar kenapa akaun itu tak boleh nak join, akan tetapi ada sebab-sebab lain juga seperti:

  1. Admin tak approve sebab itu akaun syarikat/sales
  2. Profil akaun tak lengkap
  3. Admin group beranggapan itu akaun scammer
  4. Akaun itu tak pernah berinteraksi dengan apa-apa post atau sesiapa

Masalah ketiga ni disebabkan akaun itu dicipta semata-mata untuk sales sahaja seakan-akan dikawal bot. Untuk membendung masalah ini, usahawan-usahawan perlulah mencipta akaun itu dengan personaliti mereka sendiri, lagi bagus seperti customer persona agar bukan sahaja akaun itu digunakan untuk sales sahaja, tetapi menjadi satu alat untuk membaca isi hati pembeli.

Jadi itulah jawapan kepada masalah-masalah yang usahawan biasa hadapi ketika membuat pemasaran di Facebook. Secara amnya, tuan/puan hanya perlu menggunakan akaun sales itu sepertimana pengguna Facebook biasa. Sentiasa meluangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk berinteraksi di FB sudah memadai.


Jika anda tiada masa dan ingin melakukan marketing di Facebook sekarang juga, anda boleh sahaja hubungi kami di sini.