Strategi Meningkatkan Kredibiliti Usahawan PMKS Melalui Latihan

Sumbangan sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) kepada negara bukanlah kecil. Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, sumbangan PMKS kepada ekonomi negara adalah RM580.4 billion pada tahun 2022. (Sinar Harian, 1 Ogos 2022)

https://www.sinarharian.com.my/article/271371/bisnes/sumbangan-pmks-kepada-ekonomi-rm5408-bilion-pada-2022

Ini menunjukkan betapa PMKS mempunyai tanggungjawab besar dalam pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhannya. Justeru, PMKS perlu terus memainkan peranan meningkatkan kredibiliti untuk terus berkembang maju. Salah satu caranya adalah melalui latihan.

Antara latihan yang perlu diberi keutamaan oleh usahawan PMKS adalah:

1) PENGURUSAN OPERASI

PMKS selalu menghadapi masalah dalam pengurusan masa, sumber manusia dan sumber tenaga termasuk bahan mentah atau stok. Latihan berkaitan dengan isu-isu di atas boleh menambah kemahiran dan pemerdayaan untuk sesebuah organisasi PMKS itu beroperasi dengan lebih berkesan.

2) PENGURUSAN KEWANGAN

Usahawan PMKS perlu ada kemahiran pengurusan kewangan berkesan.

Selepas pengurusan operasi, PMKS juga perlu memberi perhatian kepada isu-isu pengurusan kewangan. Hal ini menjadikan PMKS amat memerlukan latihan pengurusan kewangan. Dalam latihan, PMKS akan diberikan pengetahuan untuk membuat menguruskan simpan kira dan akaun syarikat. Latihan sebegini membantu meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan dengan lebih baik.

3) STRATEGI PEMASARAN DAN JUALAN

Usahawan PMKS juga perlu menjalani latihan strategi pemasaran dan jualan secara berkala. Hal ini membolehkan setiap usahawan mempunyai pengetahuan yang baik untuk memahami konsep pemasaran secara tradisional dan era digital. Malah usahawan PMKS juga boleh menambah baik kemahiran membuat jualan dengan lebih berkesan.

KAEDAH LATIHAN BAGI USAHAWAN PMKS

Latihan boleh dibuat secara bersemuka atau dalam talian.

Pada hari ini, mendapatkan latihan bukan lagi satu masalah besar. Ini kerana perkembangan teknologi menjadikan kaedah memberi dan mendapatkan latihan sudah semakin terkehadapan.

Ada dua kaedah latihan diberikan iaitu:

Kelas Bersemuka

Kaedah latihan secara tradisional iaitu secara bersemuka di dalam satu kelas adalah satu kaedah yang amat baik. Tenaga pengajar dan peserta latihan duduk secara bersemuka dan pengajaran diberikan secara langsung.

Kelas Dalam Talian

Kaedah kelas secara dalam talian atau online mendapat tempat selepas negara dilanda wabak COVID-19. Tanpa perlu berada di satu lokasi yang sama, perkongsian ilmu tetap boleh dilakukan.

Kesimpulannya, mendapatkan latihan adalah satu proses yang perlu dilakukan secara berkala demi menjadikan seseorang usahawan atau kakitangan dalam PMKS itu lebih bersedia untuk menghadapi perkembangan pada masa akan datang. PMKS bukanlah satu organisasi yang boleh dipandang sebelah mata kerana sumbangannya kepada ekonomi negara cukup memberangsangkan.

Modachi menawarkan pakej latihan berstrategi kepada organisasi anda. Hubungi konsultan kami untuk dapatkan khidmat nasihat. (Kami perlukan latihan)