Iklan di Akhbar, Ini Yang Perlu Pengasas Produk Ambil Tahu

Walaupun era digital semakin berkembang pesat dan boleh membuat kempen pemasaran dalam platform digital, namun tampil dalam akhbar edisi cetak masih lagi dianggap sebagai satu cara pemasaran berstrategi. Ini kerana akhbar itu sendiri mempunyai kredibiliti yang tersendiri.

Dalam landskap aktiviti pemasaran yang semakin pesat pesaingannya di Malaysia, sebenarnya usahawan perlu mempelbagaikan bentuk pemasaran. Bukannya fokus kepada satu channel sahaja. Justeru, penampilan di akhbar arus perdana, boleh diberikan perhatian.

Dalam rencana ini, Modachi menerangkan bahawa penampilan pengasas produk dalam akhbar arus perdana penting untuk meningkatkan pengiktirafan dan popularati produk mereka. Akhbar arus perdana masih menjadi pilihan berkesan dalam strategi pemasaran walau era digital amat rancak.

1) KREDIBILITI

Penampilan dalam akhbar arus perdana membantu meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang pengasas produk. Hal ini memberi kesan positif meningkatkan kepercayaan pembaca kepada produk anda selepas muncul dalam akhbar arus perdana.

Contohnya, anda sebagai pengasas kedai makan muncul dalam akhbar untuk ruangan Bisnes. Dalam rencana yang disiarkan, pengasas itu menceritakan mengenai keunikan kedai makannya. Melalui liputan tersebut, pembaca mulai tahu bahawa kedai makan anda menekankan kualiti, kebersihan dan keenakan tanpa kompromi. Hal ini boleh membantu pembaca untuk mencuba menu di kedai makan anda.

2) JANGKAU PASARAN LEBIH LUAS

Pembaca setia akhbar masih tinggi jumlahnya.

Walaupun media sosial dan laman web mempunyai pengguna aktif yang sangat ramai dan membolehkan iklan anda diakses oleh ramai orang, namun akhbar masih lagi relevan sebagai sumber maklumat bagi kebanyakan orang.

Justeru, memaksimumkan iklan di pelbagai platform adalah satu perkara yang amat bagus. Pengasas produk yang tampil dalam akhbar boleh menjangkau pasaran lebih luas.

Sebagai contoh, founder produk fesyen mempunyai penampilan dalam akhbar. Melalui rencana yang disiarkan, pembaca boleh mendapat informasi mengenai kewujudan produk fesyen tersebut. Malah jangkauannya boleh jadi lebih luas kerana akhbar edisi cetak turut mempunyai website untuk menyiarkan rencana tersebut dalam versi online. Serampang dua mata. Hebat, bukan?

3) PENGIKTIRAFAN

Penampilan dalam akhbar boleh membantu mendapatkan pengiktirafan bagi anda sebagai pengasas. Hal ini sekali gus membantu anda untuk membangunkan imej jenama yang semakin dikenali dan lebih dekat dengan pengguna.

Kebiasaannya pembaca akhbar menganggap produk yang disiarkan di akhbar adalah produk terpilih dan hal ini boleh memberikan kesan positif kepada jualan.

Contohnya, pengasas produk kosmetik tampil dalam akhbar dan bercerita mengenai jatuh bangun dirinya dalam bisnes. Hal ini menjadikan pembaca lebih kenal dan dekat dengan jenama anda. Sekali gus mereka mengiktiraf jenama anda sebagai jenama yang dikenali dan hal ini sudah mencukupi untuk menjadikan anda berada setapak lebih jauh dalam bisnes.

4) RAPATKAN HUBUNGAN

Penampilan pengasas produk di akhbar, boleh menarik lebih ramai pembeli datang ke premis.

Dalam hal ini, penampilan pengasas produk melalui siaran akhbar arus perdana adalah untuk merapatkan hubungan antara khalayak dengan jenama produk itu sendiri. Khalayak dapat mengenali produk dan pengasasnya.
Apatah lagi apabila pengasas itu mempunyai akaun media sosial misalnya facebook. Maka hubungan itu menjadi erat apabila orang ramai boleh berinteraksi dengan pengasas melalui platform tersebut.

5) KESAN JANGKA PANJANG

Penampilan di akhbar mempunyai kesan jangka panjang kerana keratan akhbar itu boleh disalut dengan plastik (liminate) supaya jadi tahan lama. Hal ini membolehkan ianya disimpan dan dijadikan sumber rujukan.

Keratan akhbar itu boleh ditunjukkan atau dipamerkan di premis jualan anda untuk dilihat oleh pengunjung. Hal ini menaikkan kredibiliti anda juga.

Kesimpulannya, jangan abaikan pemasaran di akhbar walaupun anda telah membuat pemasaran di arena digital. Ini kerana akhbar juga mempunyai prestij tersendiri yang boleh menaikkan kredibiliti anda sebagai pengasas produk.