Pemasaran adalah perkara penting dalam sesebuah perniagaan. Ada ramai usahawan yang terikut-ikut dengan strategi syarikat lain. Sebaliknya, anda perlu memastikan strategi pemasaran itu sesuai dengan perniagaan anda.
Bagi peniaga mikro, kecil dan sederhana, ada beberapa perkara mengenai marketing yang anda perlu elakkan. Jangan buat. Ini kerana jika anda buat, maka perniagaan anda boleh jadi merosot dan tidak berkembang.
1) TIDAK FAHAM PASARAN
Sebagai usahawan PMKS, anda perlu mengambil tahu mengenai pasaran. Memahami pasaran perniagaan anda, maka anda sebenarnya menjadikan perniagaan anda lebih mudah untuk berkembang.
Jika anda tidak ambil tahu mengenai pasaran, bagaimana mereka akan berinteraksi dengan produk atau perkhidmatan anda?
2) TIDAK MEMANFAATKAN MEDIA SOSIAL
Usahawan PMKS tidak boleh mengabaikan kepentingan media sosial. Ini kerana media sosial berpotensi menjadi platform mempromosikan perniagaan anda secara percuma sahaja. Alangkah ruginya jika anda tidak menggunakan media sosial secara agresif.
Apa yang penting adalah anda perlu tahu membuat konten yang berkesan misalnya copywriting. Penulisan copywriting dan juga penggunaan gambar yang menarik boleh menjadi satu daya tarikan kepada produk atau servis anda.
Modachi ada menyediakan servis membuat konten media sosial pada harga sangat istimewa. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.
3) TIDAK MENGUTAMAKAN KUALITI
Produk atau servis yang berkualiti pastinya bertahan lama dalam pasaran. Dalam konteks pemasaran, anda tidak akan mampu pergi jauh jika anda tidak mengutamakan kualiti produk atau servis anda.
Pastikan anda tidak mengabaikan kualiti produk atau servis sebelum memulakan aktiviti pemasaran.
4) TIDAK TAMBAH NILAI KEPADA PELANGGAN
Pelanggan selalunya cenderung untuk mendapatkan produk atau servis anda apabila terdapat lebih banyak nilai yang anda tawarkan. Biasanya pelanggan akan membandingkan antara dua hingga tiga jenama sebelum membuat keputusan untuk membeli. Lebih banyak nilai anda berikan, maka lebih tinggi peluang anda untuk mendapatkan pelanggan.
5) TIDAK KONSISTEN
Mengamalkan strategi pemasaran secara konsisten adalah perkara utama yang perlu anda amalkan sebagai usahawan PMKS. Jika tidak konsisten, bukan hanya pemasaran, namun apa-apa sahaja yang diamalkan tidak akan berjaya.
Konsisten memuat naik konten di media sosial menjadi salah satu faktor kejayaan kepada proses marketing anda. Jadi, janganlah tidak konsisten.
6) TIDAK CUBA PELBAGAI STRATEGI
Menggunakan hanya satu cara atau strategi bukanlah kaedah marketing yang bagus. Ini kerana anda meletakkan risiko yang besar di situ. Justeru anda perlu cuba menggunakan pelbagai kaedah.
Usahawan PMKS di nasihatkan supaya menggunakan sekurang-kurangnya tiga kaedah pemasaran. Contohnya marketing di media sosial, website dan penggunaan influencer.
Kesimpulannya, usahawan PMKS tidak boleh mengambil mudah perihal marketing kerana ianya amat penting dalam menentukan hala tuju perniagaan anda. Menggunakan kaedah yang salah dalam marketing amat membahayakan perniagaan anda.