Kesilapan Yang Biasa Berlaku Dalam Strategi Pemasaran Digital (Digital Marketing)

Pada hari ini, kempen pemasaran digital adalah sesuatu yang amat penting. Ini kerana internet bukanlah satu yang asing lagi. Justeru penggunaan telefon bimbit, media sosial, melayari Google dan juga menonton video di Youtube adalah sesuatu kebiasaannya.

Anda mungkin berasa bahawa anda telah tahu segala-galanya mengenai pemasaran digital.

Untuk usahawan newbie dalam dunia pemasaran digital, ini adalah maklumat penting. Pemasaran tidak berkesan boleh menyebabkan anda kehilangan prospek baharu. Hal ini akan menyebabkan kerugian. Anda mungkin telah mempelajari pelbagai strategi pemasaran digital pada masa kini. Terdapat kemungkinan besar bahawa anda telah dipenuhi dengan semua kaedah digital marketing yang tersedia pada masa kini.

Walau bagaimanapun, segalanya menjadi sia-sia sahaja jika anda membuat kesilapan dalam industri pemasaran digital ini. Mari kita kaji beberapa kesilapan yang biasa buat oleh usahawan dalam industri pemasaran digital supaya dapat memastikan kejayaan perniagaan besar dan kecil.

Berikut merupakan antara kesilapan yang biasa berlaku dalam industri pemasaran digital:

1. Tidak Ambil Berat Mengenai Analitik

Analitik perlu diberi perhatian.

Analitik adalah jantung pemasaran digital. Meremehkan perihal analitik boleh menyebabkan anda melakukan kerja-kerja pemasaran digital tanpa hala tuju. Analitik adalah data yang boleh anda gunakan untuk menganalisis apa yang telah anda lakukan.

Analitik membantu usahawan memahami tahap prestasi perniagaan mereka, perkara yang disenangi oleh audien dan penambahbaikan yang boleh dilakukan misalnya kata kunci (keyword). Jangan abaikan analitik jika anda tidak mahu alami kerugian dari segi masa, tenaga dan kewangan.

Anda perlu melakukan analisis terhadap data-data daripada analitik. Dengan memberi perhatian kepada jumlah trafik laman web, jumlah engagement di media sosial dan jumlah view hantaran di media sosial, anda boleh mengkaji banyak lagi hal-ehwal berkaitan pemasaran yang boleh ditambah baik.

2. Mengabaikan Kemudahan Telefon Bimbit

Telefon bimbit adalah gajet utama yang digunakan untuk melayari internet.

Telefon bimbit digunakan secara meluas. Orang ramai lebih banyak melayari internet menggunakan telefon bimbit berbanding gajet lain. Justeru, anda perlu peka dengan isu ini apatah lagi jika anda sedang melancarkan kempen.

Anda perlu membuat setting yang mesra telefon bimbit. Jika tidak, pengguna telefon bimbit tidak akan dapat melihat paparan dengan betul dan ini menghalang pemahaman mereka. Optimumkan paparan pada telefon bimbit supaya mereka selesa.

3. Lebih fokus kepada Kuantiti berbanding Kualiti

Kualiti atau kuantiti?

Disebabkan terlalu fokus kepada follower dalam pemasaran digital, ramai juga pemilik bisnes yang terlepas pandang mengenai kaedah pemasaran yang baik. Mereka fokus kepada meraih perhatian follower tanpa memikir kandungan promosi mereka itu bagus atau tidak.

Menyediakan pelanggan dengan kandungan yang tidak relevan boleh menyebabkan tidak berkesan dan perspektif yang negatif terhadap jenama. Membina hubungan dengan audien memerlukan anda melakukan pendekatan yang mengutamakan kandungan berkualiti dan komunikasi yang tepat mengenai sasaran.

Kesimpulannya, usahawan sepatutnya memberi tumpuan kepada menghasilkan kandungan relevan yang bersesuaian dengan audien sasaran. Fahami keperluan dan kehendak pelanggan. Dengan memberi tumpuan kepada kualiti berbanding kuantiti, usahawan digital dapat membangunkan hubungan yang sejati, pada akhirnya meningkatkan kesetiaan pelanggan dan sokongan terhadap jenama.

Landskap pemasaran digital yang sentiasa berubah menjadikan kaedah ini sentiasa juga berubah. Justeru, setiap strategi perlu diubah mengikut kesesuaian keadaan. Kejayaan dalam pemasaran digital bukan hanya bergantung kepada alat dan teknologi yang digunakan tetapi juga kepada pendekatan yang bijak dan strategik dalam melibatkan dan memuaskan audiens digital yang semakin cerdas.