Pemilik Bisnes Perlu Masuk Media Massa Demi Kelestarian Perniagaan

Kalau kita perhatikan, syarikat-syarikat besar sentiasa tampil dalam media massa sama ada cetak ataupun elektronik iaitu televisyen. Mereka memperuntukkan satu bajet yang besar untuk publisiti. Media massa arus perdana jadi pilihan mereka.

Kenapa agaknya?

Ini kerana kekerapan tampil dalam media massa adalah demi mengukuhkan jenama mereka pada ingatan khalayak. Mereka berebut membeli muka surat dan airtime untuk tampil pada masa yang tepat. Objektifnya adalah untuk menjadi bualan khalayak dan menjana lebih banyak jualan.

Jom kita lihat lima sebab pemilik bisnes perlu masuk media massa:

1) KESEDARAN AWAM

Apabila jenama anda masuk ke dalam media massa, jenama anda mudah untuk dilihat. Hal ini meningkatkan kesedaran awam apabila mereka mulai bercakap-cakap mengenai jenama anda.

Bayangkan sahaja apabila jenama anda ada dalam akhbar, ada di kaca televisyen dan lebih baik lagi jika disokong dengan penampilan di iklan digital. Maka semakin mantaplah ingatan khalayak kepada jenama anda.

2) KREDIBILITI DAN REPUTASI

Kehadiran anda dalam media massa arus perdana boleh membantu mengukuhkan kredibiliti jenama anda sendiri. Ini kerana penulisan daripada wartawan yang hadir menemu bual anda boleh menaikkan kredibiliti dan juga menyokong reputasi jenama anda secara tidak langsung.

3) PENGARUH

Apabila iklan anda banyak kali keluar di media massa, khalayak mudah terpengaruh untuk bertindak mendapatkan produk atau servis anda. Media massa ada pengaruh besar untuk membentuk persepsi orang ramai.

Naratif yang dibuat oleh para wartawan mempunyai kematangan berkesan untuk membentuk pendapat dan tindakan masyarakat. Bukankah hal ini bagus untuk jenama anda?

4) KOMUNIKASI KRISIS

Apabila anda sentiasa bekerjasama dengan media, hal ini adalah satu hubungan strategik yang bagus sebenarnya. Hubungan yang baik ini amat membantu jika suatu ketika anda mengalami krisis.

Kerjasama ini boleh menjadikan asbab anda memperoleh respon positif daripada pihak media untuk memulihkan keadaan apabila media massa dapat menyiarkan maklum balas secara cepat dan efektif bagi menangani krisis tersebut.

5) PEMBANGUNAN INOVASI

Apabila jenama anda kerap bercerita di media massa mengenai produk baharu, servis terkini, pembangunan terkini dan juga sebarang pencapaian yang diperoleh, maka anda secara tidak langsung telah membangunkan inovasi dalam industri. Ini kerana anda berkongsi ilmu baru dan mendorong inovasi lebih baik dalam industri yang anda wakili.

Kesimpulannya, tampil dalam media massa arus perdana sangat baik untuk jenama anda. Ini bukanlah satu pelaburan yang sia-sia.

Modachi membantu memudahkan laluan anda untuk tampil dalam media massa. Hubungan baik antara Modachi dengan pihak media, membolehkan anda tampil dalam media massa dengan kos minimum dan boleh disiarkan dalam masa yang anda mahukan.

Hubungi pihak Modachi sekarang. (Saya Perlu Masuk Media Massa)