Iklan ialah salah satu strategi tunjang dalam memasarkan produk yang digunakan oleh semua syarikat. Namun begitu, di zaman moden ini banyak syarikat yang telah mengubah angin kepada cara yang lebih moden dan mengikuti trend semasa iaitu dengan membayar influencer untuk mempromosikan produk mereka.
Adakah berbaloi untuk kekal menggunakan cara yang lama iaitu iklan tradisional daripada teroka pelbagai peluang yang tidak menentu? Atau influencer Instagram lebih berkuasa dalam bidang ini? Sejauh manakah keberkesanan cara baru ini dan apakah kesannya kepada cara yang lama? Ingin tahu strategi yang mana lebih sesuai untuk syarikat anda? Teruskan membaca artikle di bawah.
Target Market
Marketing tradisional menggunakan Facebook, Instagram, Google atau YouTube berfungsi secara manual di mana peniaga harus memikirkan strategi sendiri. Selepas itu, mereka perlu menetapkan sendiri pengguna mana yang sesuai untuk iklan tersebut.
Tidak cukup dengan itu, peniaga harus cakna dengan algoritma yang sentiasa berubah-ubah. Facebook terkenal dengan sosial media yang selalu mengubah algoritmanya demi meningkatkann mutu syarikatnya.
Sebagai contoh, apabila terlalu banyak sangat post di ruangan post, algoritma perlu memilih yang mana lebih penting untuk disiarkan. Kebelakangan ini, Facebook lebih memberi pendedahan kepada kawan atau pengguna baru berbanding iklan produk. Oleh sebab itu, peniaga perlu memantau posting iklan mereka 24 jam yang berpunca daripada pengurangan interaksi pengguna dengan iklan.
Influencer Marketing lebih membantu dalam memberi pendedahan kepada jenama kepada satu kominiti pada satu-satu masa. Dengan setiap post jenama syarikat itu akan dapat dipasarkan dengan lebih organik kepada pengikut influencer tersebut.
Algoritma di setiap platform sosial media akan cenderung kepada akaun yang mempunyai kadar interaksi yang tinggi. Kesannya post yang sudah anda penaja akan mendapat capaian yang tinggi selagi mana akaun itu sentiasa berinteraksi dengan pengikutnya.
Analisis Hasil
Marketing tradisional: Semua platform yang menawarkan penyelesaian pengiklanan media sosial menikmati kelebihan dalam jangka masa yang lama. Memandangkan platform iklan tradisional meghasilkan pertumbuhan eksponen, juruweb mempunyai masa untuk menyempurnakan alat analitik penting mereka untuk penerbit.
Oleh itu, pemasar boleh menilai prestasi kempen tradisional dalam beberapa saat. Mudah untuk menyediakan kempen digital dan mudah untuk menskalakannya. Dalam hal ini, marketing tradisional menjadi pilihan berbanding marketing influencer.
Marketing Influencer: Berdasarkan kajian, kempen influencer menjana ROI atau pulangan pemasaran 11x lebih besar daripada mana-mana saluran pengiklanan digital lain. Walau bagaimanapun, cabarannya adalah untuk mengukur setiap peningkatan secara individu dan setiap hari.
Sebaliknya, sudah ada alat pihak ketiga yang membantu syarikat memantau akaun mereka. Flaminjoy, misalnya, mendedahkan nombor yang tidak diketahui oleh jenama. Kadar penglibatan, aset terhangat, skor kualiti khalayak, pertumbuhan, minat khalayak dan metrik utama lain menunjukkan dengan tepat bagaimana jenama hebat dilihat di media sosial.
Jangka Masa
Marketing Tradisional: Perkara yang agak jelas untuk bab ini. Iklan berterusan selagi bajet membenarkan. Kempen pemasaran akan tamat apabila tiada lagi wang yang dapat disuntik untuk meneruskan iklan.
Marketing Influencer: Setelah siaran yang dipromosikan disiarkan secara langsung, bilangan interaksi tidak akan turun lagi. Pada peringkat ini marketing influencer jauh lebih efisyen berbanding tradisional.
Untuk mengekalkan kualiti kandungan mereka, influencer akan menyiarkan kandungan asli walaupun mereka bekerjasama dengan jenama. Dengan cara ini, laman web rasmi syarikat akan menikmati momentum PR yang tulen dan pautan balik yang berkualiti.
Marketing yang dapat menghasilkan lebih tinggi interaksi ialah marketing yang terbaik kerana lebih bagus marketing anda lebih meningkat hasil jualan anda. Dalam artikel di atas ternyata marketing terbaru iaitu menggunakan influencer lebih sesuai dan akan bertahan dengan lama lagi. Pemilik bisnes yang bijak akan berevolusi mengikut peredaran zaman bagi mengekalkan relevensi syarikat.