Jantina Anda Tak Main Peranan Dalam Kejayaan Sebagai Influencer

Siapa yang lebih baik dalam dunia influencer marketing: lelaki atau perempuan? Namun, di balik pertanyaan ini, tersembunyi masalah yang lebih dalam—wujudkah bias jantina dalam dunia maya sekarang. Dalam blog ini, kita akan mengungkap kebenaran tentang jantina mana yang lebih efektif sebagai influencer dan adakah perbezaan persepsi ini mempengaruhi strategi pemasaran saat ini. 

Siapakah yang akan memikat hati para pengikut dengan lebih baik? Kalau nak tahu teruskan membaca!

Bias Jantina

Bias di tempat kerja

Wujud bias jantina di tempat kerja

Bias jantina merujuk kepada pemihakan, stereotaip, atau perlakuan tidak adil berdasarkan jantina seseorang. Ia merujuk kepada pemikiran atau tindakan yang menganggap bahawa seseorang lebih baik atau lebih lemah berdasarkan jantina mereka. Bias jantina boleh memberi kesan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk dalam industri, pendidikan, kerjaya, dan media.

Penemuan (Findings)

Many question mark on computer

Persoalan yang akan terjawab

Bias jantina memang wujud di dunia nyata tetapi apa pula ceritanya dalam ruang digital sekarang ini? Untuk mencari jawapan, blog ini telah menyediakan empat kategori iaitu kredibiliti, relevan, ketulenan dan engagement yang boleh kita ukur untuk mendapatkan keputusan yang lebih rasional dan logik.

Kami juga akan menggunakan sumber yang diolah dan di ringkaskan dari:

Kredibiliti – Tiada Perbezaan yang Ketara

Kredibiliti merupakan faktor penting dalam influencer marketing, dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina. Baik lelaki mahupun perempuan influencer boleh memperoleh kredibiliti mereka sendiri. Brand Awareness boleh dilakukan oleh influencer tanpa terikat dengan jantina.

Audiens boleh menerima dan menghadam informasi yang dilontarkan tanpa mengambil kira jantina. 


Relevan – Bergantung pada Niche Influencer (Tiada kaitan dengan jantina)

Tahap relevan bergantung pada niche influencer dan keupayaan mereka untuk menyambungkan dengan khalayak sasaran. Jantina mungkin memainkan peranan kecil dalam relevan, kerana terdapat niche tertentu yang lebih sesuai dengan influencer lelaki atau perempuan. Walau bagaimanapun, penentu sebenar adalah keupayaan influencer untuk mencerminkan minat dan keperluan audiens mereka.

Selagi perkongsian itu relevan dengan minat ia tak akan menghalang audiens dari melihat konten tersebut. 


Ketulinan – Bergantung pada Persona Influencer (Tiada kaitan dengan jantina)

Keupayaan influencer untuk menyampaikan pesanan jenama dengan autentik dan jujur adalah penting untuk membina kepercayaan dengan audiens. Ketulinan bergantung kepada keserasian nilai, suara, dan persona influencer dengan jenama yang mereka promosikan. Bukan semua influencer mempunyai ciri-ciri yang seiring dengan kehendak syarikat, jadi jantina bukannya halangan.

Kemahiran untuk menjadikan konten berbayar tampil menarik di mata khalayak lagi penting daripada jantina.


Minimal Line Text Art Moniter Engagement

banyak engagement yang diterima

Engagement – Perbezaan yang Signifikan

Tahap engagement mempunyai perbezaan yang ketara antara influencer lelaki dan perempuan. Secara am, lelaki akan lebih cenderung untuk berinteraksi dengan influencer lelaki, wanita pula bersama wanita. Sebab khalayak berasa selesa dan kenal had interaksi dengan kaum jantina sendiri. 

Ramai yang beranggapan lelaki lebih tertarik dengan influencer wanita dan juga sebaliknya, ia betul, tetapi hanya pada keterampilan, bukan isu jantina. Tambahan lagi, kecantikkan itu subjektif pula.


Pendek kata, hampir tiada kaitan jantina influencer dengan kebolehan mereka untuk digunakan sebagai strategi pemasaran. Ia sangat bergantung pada niche influencer dan kemahiran influencer menyampaikan informasi tersebut. Hanya engagement sahaja menunjukkan perbezaan yang ketara.

Jadi anda tidak perlu hiraukan pemilihan influencer mengikut jantina, sebaliknya kekalkan membuat kajian terhadap influencer yang anda ingin upah, sama ada ia bersesuaian dengan bisnes anda ataupun tidak. Ini merupakan asas yang telah kami kongsikan di blog sebelum ini. Ingin membuat pemasaran influencer? Hubungi sahaja kami.