Perbezaan Antara Celebrity Endorsement dan Influencer Marketing
Dalam dunia pemasaran dan pengiklanan, dua pendekatan popular adalah celebrity branding dan influencer marketing yang kini menjadi pilihan tiap-tiap syarikat besar. Walaupun begitu, ramai pemilik bisnes yang pening nak upah artis ataupun influencer.
Kalau anda keliru, inilah blog untuk anda! Kami akan menerangkan perbezaan dan contoh produk/servis yang ingin dipasarkan.
Definisi dan tujuan
Celebrity endorsement melibatkan kerjasama dengan individu terkenal seperti pelakon, penyanyi, atau atlet untuk mempromosikan jenama.
Tujuannya adalah untuk memanfaatkan populariti dan pengaruh selebriti untuk meningkatkan kesedaran tentang jenama dan meningkatkan jualan. Pengesahan selebriti sering digunakan dalam saluran pengiklanan tradisional seperti iklan TV, iklan cetak, dan papan tanda.
Sebaliknya, influencer marketing melibatkan kerjasama dengan influencer media sosial untuk mempromosikan jenama. Influencer adalah individu yang telah membina pengikut yang besar dan terlibat di platform seperti Instagram, YouTube, atau TikTok.
Tujuannya adalah untuk memanfaatkan hubungan influencer dengan audiens mereka untuk mempromosikan jenama dan memacu jualan. Influencer biasanya membuat konten yang disponsorkan yang boleh dikongsi di beberapa saluran media sosial.
10 Perbezaan Antara Influencer Dan Artis Yang anda Perlu Tahu:
1) Kos
Influencer – Rendah, bermula dari pemberian produk percuma hingga kos one-off lima angka dan ke atas mengikut servis. Jika influencer mempunyai pasukan produksi sendiri, dapat mengurangi kos.
Artis – Tinggi, setiap artis harga memang tinggi dan terus melonjak tinggi jika kelas A. Tambahan lagi, upah sampingan seperti kos pihak ketiga seperti pasukan produksi, pengurus, dll.
2) Audiens
Influencer – Audiens spesifik dan tertumpu pada sesuatu minat yang sama.
Artis – Luas dan terkenal dengan khalayak umum.
3) Kepercayaan dan kredibiliti
Influencer – Lebih dipercayai kerana personaliti online yang sering memberikan pendapat yang tidak bertapis. Sebahagian orang menganggap mereka sebagai pakar.
Artis – Kurang dipercayai kerana orang tahu yang artis ini cuma berlakon dan dibayar untuk memberi pendapat yang berat sebelah.
4) Ukuran dan ROI
Influencer – Mudah diukur dan terbukti dari peningkatan engagement di media sosial.
Artis – Susah diukur dan payah untuk dikenalpasti jika hasil penjualan disebabkan penglibatan artis atau faktor lain.
5) Kawalan kandungan
Influencer – Susah untuk dikawal. Mereka pakar dalam bidang mereka dan tak nak diganggu untuk mengubah cara penyampaian mesej mereka.
Artis – Senang untuk dikawal. Artis adalah profesional dan tahu kehendak director/producer dan hanya berperanan sebagai penyampai sahaja.
6) Penghasilan konten
Influencer – Akan menghasilkan konten mengikut kreativiti sendiri dengan input yang minimum dari orang lain.
Artis – Memerlukan pihak ketiga untuk memberi arahan dan menghasilkan idea untuk konten.
7) Persedian sebelum rakaman
Influencer – Mengambil jangka masa yang pendek.
Artis – Mengambil jangka masa yang lama.
8) Produk dan servis
Influencer – Hanya boleh memasarkan produk dan servis yang selari dengan kepakaran mereka.
Artis – Boleh memasarkan apa-apa sahaja jenis produk dan servis. Produk dan servis premium sangat berhasil dipasarkan dengan artis.
9) Persekitaran
Influencer – Online, sama ada secara live ataupun prarakam. Tak ramai yang pandai beroperasi secara offline.
Artis – Offline, kepakaran kuat dan kukuh kepada artis, hanya ramai lemah bila berada di situasi tidak terancang.
10) Kehadiran audiens
Influencer – Membawa audiens sendiri (pengikut) ke dalam pasaran ataupun event.
Artis – Menarik audiens baharu ke dalam pasaran ataupun event.
Inilah 10 perbezaan yang anda perlu tahu sebelum memutuskan untuk melaksanakan pemasaran yang sesuai dengan produk dan servis anda. Ini dalam bentuk yang sangat mudah untuk dibaca, jika mahukan penerangan untuk setiap perbezaan boleh hubungi kami terus di Modachi Sdn. Bhd.