Influencer Mikro & Influencer Makro: Ini Faktor Kebaikan Influencer Mikro Untuk Penjenamaan Perniagaan Anda

Influencer makro atau influencer mikro? Mana satu patut dipilih untuk membantu dari segi penjenamaan kempen perniagaan anda?

Sebelum itu, jom kita kenali dahulu maksud influencer mikro. Influencer mikro merujuk kepada individu atau akaun media sosial yang mempunyai jumlah pengikut tidak seramai influencer makro. Namun pengikutnya adalah merupakan audien yang sangat tepat dengan topik atau niche yang dibawakan oleh influencer tersebut.

Influencer mikro mempunyai pengikut media sosial antara 10,000 hingga 100,000. Manakala influencer makro pula mempunyai pengikut media sosial antara 100,000 hingga 1 juta. Justeru, sebelum memilih influencer untuk penjenamaan perniagaan, anda bolehlah memikirkan mengenai influencer mikro berbanding influencer makro.

Ini antara kebaikan menggunakan influencer mikro dalam kempen anda:

1) Engagement Lebih Tinggi

Mikro influencer cenderung memiliki engagement yang lebih tinggi berbanding influencer besar. Ini disebabkan pengikut media sosial mereka sangat suka dengan topik yang selalu dibincangkan oleh influencer tersebut. Hal ini dapat membantu meningkatkan kepercayaan dan kesetiaan influencer itu dengan pengikut mereka. Justeru, selalunya setiap topik yang dimuat naik tapi mendapat respon memberangsangkan. Mereka bukan sekadar menonton atau membaca tanpa meninggalkan jejak. Itulah sebabnya engagement di media sosial influencer mikro lebih tinggi.

2) Target Audien Lebih Fokus

Audien di media sosial milik influencer mikro selalunya lebih bersasar. Mereka suka menonton atau membaca topik yang relevan dengan minat mereka. Justeru, jika anda ingin memilih influencer, pilihlah influencer yang tepat dengan niche perniagaan anda. Elak influencer besar yang mempunyai lebih ramai pengikut tetapi pengikutnya tidak bersasar.

3) Konten Yang Lebih Semula Jadi

Influencer mikro mempunyai pengikut dalam jumlah lebih kecil tetapi targetnya jelas.

Influencer mikro selalunya mempunyai hubungan rapat dengan pengikut-pengikut media sosial mereka. Justeru, konten yang dibuat lebih nampak semula jadi dan ditujukan untuk pengikutnya, bukan sekadar konten.

4) Lebih Mudah Mendapat Jualan

Mengambil influencer mikro untuk bekerjasama dengan perniagaan anda memungkinkan anda lebih mudah mendapat jualan. Ini kerana mereka mudah untuk mempengaruhi pengikutnya. Semua disebabkan kepercayaan dan hubungan rapat antara dua pihak ini.

Kesimpulannya, anda sebagai pemilik perniagaan perlu memilih influencer yang sesuai dengan perniagaan anda. Memilih influencer mikro yang betul dari segi niche perniagaan amat bagus demi mendapatkan jualan dengan lebih mudah.