Pernah atau tidak, anda sebagai orang bisnes tiba-tiba disekat oleh prospek di aplikasi WhatsApp atau talian telefon? Jika hal ini berlaku, anda perlu berwaspada kerana pasti ada antara yang anda buat telah menyebabkan prospek rasa terganggu.
Salah satu hal yang menyebabkan anda mungkin disekat adalah aktiviti follow up. Nak tahu apa sebab-sebabnya?
5 kesalahan ketika membuat follow up
1) Prospek Rimas Kerap Dihubungi
Anda perlu bijak merancang waktu untuk menghubungi prospek. Jangan terlalu kerap membuat follow up pada prospek yang sama. Buatlah jadual supaya prospek tidak rasa terganggu. Jika prospek rasa terganggu, hal ini membuatkan dia tidak ingin lagi berurusan dengan anda.
2) Tiada Strategi
Sebelum membuat follow up, anda perlu jelas dengan data-data penting prospek. Lihat semula komunikasi anda yang sebelum-sebelum ini supaya anda dapat memastikan kisah prospek. Hal ini memudahkan anda untuk menyusun strategi supaya prospek cepat-cepat membeli produk atau servis anda.
3) Tidak Fokus Keperluan Prospek
Sebelum follow up prospek, benda paling pantang adalah anda tidak kaji dahulu apa keperluan prospek. Hal ini seolah-olah anda pergi berperang tanpa membawa sebarang senjata. Anda perlu kenal pasti apa keperluan prospek. Kemudian barulah buat follow up dan berikan tip penyelesaian masalah mereka.
4) Terlalu Mendesak
Tiada manusia dalam dunia ini yang suka didesak. Jika anda membuat follow up dengan cara terlalu mendesak, anda pasti akan disekat.
5) Tidak Memberi Apa-Apa Nilai Kepada Prospek
Kehadiran anda sebagai peniaga akan dianggap sebagai individu yang hanya ingin mengambil duit daripada poket mereka. Justeru, anda perlu menambah nilai kepada prospek. Maksudnya, anda bukan sekadar peniaga tetapi anda boleh jadi kawan untuk mendengar masalah prospek dan menjadi individu yang sentiasa ada untuk memberikan jalan penyelesaian kepada masalah mereka.
Kesimpulannya, jadilah peniaga yang mempunyai ilmu. Jangan membuat satu-satu aktiviti itu tanpa perancangan rapi. Apatah lagi apabila anda berurusan dengan manusia yang diketahui sebagai mempunyai emosi. Buatlah aktiviti follow up dengan berstrategi supaya anda tidak disekat oleh prospek.