Susahnya Nak Close! Ini Cara Untuk Anda Follow Up Prospek Supaya Cepat Jadi Pelanggan

Ya, kami faham bahawa salah satu cabaran dalam perniagaan adalah untuk cepat-cepat menjadikan prospek sebagai pelanggan. Selagi prospek tersebut belum jadi pelanggan, ada satu seni dalam jual beli yang dinamakan sebagai follow up.

Ramai orang bisnes yang mengambil remeh hal ehwal follow up sehingga prospek yang pada mulanya menunjukkan minat kepada produk atau servis anda, tidak menjadi pelanggan anda. 

Ingin tahu seni follow up? Nah, kami berikan 6 langkah follow up yang boleh anda gunakan.

1) Kemas Kini Data Prospek

Pertama sekali, anda perlu mempunyai data lengkap mengenai prospek. Misalnya informasi contact termasuk nombor telefon dan alamat e-mel. Anda juga perlu ada data sejarah komunikasi anda dengan prospek termasuk tarikhnya. 

2) Kirim E-mel

Email marketing adalah salah satu hal yang perlu diambil berat.

Selepas menganalisis data prospek, anda pastikan anda sudah kenal pasti masalah yang dihadapi oleh prospek. E-mel prospek dengan informasi yang menegaskan manfaat produk anda kepada masalah prospek. Tanya kepada prospek sama ada sudah bersedia untuk memiliki produk anda atau perlukan informasi tambahan.

3) Telefon Prospek

Selepas tiga siri e-mel dihantar dan masih belum ada maklum balas daripada prospek, hubungi telefon prospek. Tanyakan kepada prospek mengenai e-mel yang telah anda hantarkan. Tawarkan khidmat nasihat kepada prospek untuk bantu masalah mereka.

4) Tawarkan Untuk Follow Up Lagi

Sebelum akhiri perbualan, tawarkan sesi follow up lagi. Jangan terlalu mendesak sebaliknya lebih kepada keinginan untuk membantu prospek selesaikan masalah mereka. Berikan masa untuk prospek berfikir dan biarkan prospek yang berikan tarikh serta masa sesuai untuk anda buat follow up lagi.

5) Konsisten

Team di unit pemasaran dan jualan perlu konsisten membuat follow up.

Apabila melaksanakan kerja-kerja follow up, anda tidak boleh cepat putus asa. Berurusan dengan manusia memang memerlukan ketahanan mental. Yang penting, anda perlu konsisten. Ada banyak faktor yang mempengaruhi keputusan seseorang untuk membeli. 

6) Bertanya dan Biarkan Prospek Buat Keputusan

Dalam e-mel atau panggilan telefon, tidak salah jika anda bertanyakan soalan mengapa prospek masih belum buat keputusan untuk mendapatkan produk anda sedangkan produk itu boleh bantu selesaikan masalah mereka. Jika prospek berikan jawapan, anda boleh keluarkan cara terbaik untuk membuat pembelian. Misalnya, ada promo yang bagus dari segi kewangan dan kaedah pembayaran yang sangat fleksibel. 

Kesimpulannya, follow up adalah kerja-kerja mendapatkan jualan. Aktiviti ini memerlukan kesabaran dan menuntut konsistensi yang mantap. Walaupun renyah, anda perlu membuat kerja follow up kerana ini adalah salah satu kaedah berkesan dan merapatkan hubungan dengan prospek serta pelanggan sedia ada.