Membuat produk sendiri, tidaklah sukar. Anda boleh sahaja pergi ke mana-mana kilang OEM (original equipment manufacturer) dan dapatkan khidmat nasihat mengenai produk yang ingin anda hasilkan. Senang cakap, asal ada duit, boleh sahaja anda menjadi seorang pengasas produk.
Pun begitu, untuk memastikan produk anda menepati sasaran pembeli, anda perlu melakukan beberapa aktiviti pemasaran. Salah satunya adalah majlis pelancaran produk anda itu supaya ianya mendapat liputan media sama ada media cetak mahupun media online.
Majlis pelancaran produk tidak semestinya sebuah majlis yang besar. Boleh sahaja dianjurkan dengan bajet yang minimum namun anda perlu memastikan perkara berikut dilakukan dengan teliti. Perkara tersebut adalah:
1) OBJEKTIF MAJLIS
Point nombor satu ini amat penting. Anda perlu jelas dengan objektif yang hendak dicapai daripada majlis pelancaran produk anda itu. Objektif ini adalah seperti untuk menguar-uarkan produk, untuk meningkatkan kesedaran atau untuk meningkatkan jualan.
2) BAJET
Tetapkan berapa kos yang sanggup anda laburkan untuk mengadakan majlis pelancaran produk ini. Bajet yang tinggi, memudahkan penyusunan segala hal. Pun begitu, perkara paling penting adalah menggunakan bajet yang ada secara efektif.
3) TARIKH DAN MASA
Pemilihan tarikh majlis pelancaran produk anda sangat penting. Jangan pilih tarikh yang bertindan dengan tarikh penting yang lain. Misalnya hari cuti sekolah yang panjang. Pemilihan masa juga penting. Misalnya pilih masa yang sudah tidak menunjukkan kesesakan jalan raya. Jika kawasan
4) LOKASI
Pastikan anda memilih lokasi yang strategik untuk mengadakan majlis pelancaran produk. Lokasi yang mempunyai kawasan letak kereta luas selalunya menggembirakan tetamu yang diundang. Jadi, potensi untuk mereka hadir lebih tinggi. Begitu juga dengan lokasi yang kurang sesak lalu lintasnya.
5) TETAMU JEMPUTAN
Kenal pasti siapa tetamu jemputan yang bakal dijemput ke majlis anda. Biasanya, ada tetamu khas yang mempunyai ramai pengikut dan diminati ramai perlu ada supaya ramai yang ingin menyertai majlis pelancaran produk anda. Jemput semua tetamu dengan maklumat jelas seperti tarikh, masa, lokasi dan tema pakaian jika ada supaya mereka jelas dengan atur cara majlis anda.
Jangan lupa menjemput pihak media kerana mereka boleh memberikan write up untuk anda sekali gus menjadikan ini sebagai strategi pemasaran yang sangat bagus.
6) ATUR CARA
Buatlah acara semenarik yang mungkin supaya tetamu mudah ingat akan majlis pelancaran produk anda. Misalnya ada diselitkan permainan, cabutan bertuah dan persembahan artis. Majlis juga perlukan pendaftaran para hadirin supaya anda mempunyai data untuk disimpan. Jika ada bajet, sediakan door gift untuk tetamu. Begitu juga dengan hidangan ringan.
7) PENGENALAN PRODUK
Sesi pengenalan produk perlu dibuat supaya tetamu fokus dengan produk anda. Inilah antara objektif yang perlu dibuat. Minta tetamu like dan follow media sosial anda.
8) PROMOSI
Boleh juga buat ruang khas untuk jualan. Buat promosi harga hebat jika tetamu membeli produk anda pada majlis pelancaran produk anda hari tersebut. Selain itu, boleh juga minta mereka mendaftar sebagai ahli kelab produk anda dan sebagai ganjarannya mereka bakal mendapat harga istimewa jika membuat pembelian pada masa akan datang.
Kesimpulannya, jangan pandang remeh pada majlis pelancaran produk. Ini kerana, anda mempunyai banyak peluang untuk meluaskan pasaran dengan mengadakan majlis sebegini.
Ingin adakan majlis pelancaran produk baru anda? Hubungi kami sekarang!