Kad Prihatin Siswa, Kemenangan Terbesar Bank RHB

Pelaksanaan Kad Prihatin Siswa (KPS) dijangka akan membawa manfaat yang besar kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Tetapi di sebaliknya, bank RHB yang mendapat manfaat terbesar daripada mana-mana pihak. Dengan memperkenalkan KPS kepada pelajar, syarikat bank ini berjaya mendapat pelanggan jangka masa lama.

Anda mesti berfikir “La benda kecik ja”, tak semudah itu wahai pembaca. Dengan inisiatif KPS ini, bank RHB telah mengambil satu langkah besar meninggalkan saingan. Penulis akan terangkan kenapa. 

.

1. Data Pembelanjaan Kewangan Pelajar

Bank RHB mendapat kelebihan terpenting pada zaman digital ini, iaitu data. Dan ini bukannya data yang biasa, ini data yang spesifik dan lebih mendalam, setiap pemilik business tahu kepentingan data, dan makin spesifik data itu, makin berhargalah ia.

Apa data yang dikumpul dan macam mana?

Data yang dikumpulBagaimana ia dikumpul
Data spesifik pelajar sebagai penggunaKPS menggunakan akaun Simpanan-i Pro sahaja, akaun khas yang dikhususkan untuk pelajar. Ini bermakna, apa-apa transaksi yang dilakukan melalui akaun ini, ia sudah pasti akaun kepunyaan pelajar, dan pelajar sahaja.
Perbelanjaan pelajarSalah satu cara untuk mengelak dari perbelanjaan kita dijejak adalah dengan mengeluarkan duit melalui ATM dahulu sebelum berbelanja.
Tetapi inisiatif ini, menekankan perbelanjaan secara cashless. Ini bermakna pelajar akan lebih terpengaruh untuk membayar cashless, dan setiap transaksi akan direkodkan. 
Kewangan pelajarDengan data transaksi, boleh menganggar status kewangan pelajar dan perbelanjaan harian
Minat pelajarDengan data transaksi juga, boleh memerhati trend barangan yang dibeli pelajar mengikut musim.

.

Kenapa data ini penting?

Bagi orang awam, mungkin masih ramai lagi tak faham kepentingan data, ataupun sudah lali dengan semua ini. Data ini penting kerana ia member maklumat penting tentang audience yang disasarkan. Dengan adanya data ini, business boleh merancang strategi yang membuahkan hasil tanpa hadapi risiko besar.

Sebab inilah, pelajar mesti memberikan consent sebelum KPS dicetak untuk mereka.

.

2. Memegang Wang Pelajar

Dengan wujudnya KPS ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyalurkan bayaran ke dalam akaun Simpanan-i Pro. Menjadi kewajipan ke atas pelajar yang membuat permohonan PTPTN  untuk membuka akaun simpanan ini. Bantuan kewangan, elaun, subsidi dan lain-lain juga akan disalurkan melalui akaun ini. Ini bermakna berjuta wang pelajar akan dipegang bank RHB.

Jangan lupa juga, wang yang disimpan akan diguna semula oleh bank untuk pelaburan dan pinjaman. Dengan jumlah simpanan yang banyak ini, ia akan menjadi aset kepada bank RHB.

.

3. Kuantiti dan kualiti pelanggan bertambah

Graduasi pelajar untuk ke alam pekerjaan

Walaupun pelajar akan menggunakan akaun simpanan istimewa, ia tetap di bawah bank RHB. Jadi secara amnya, pelanggan dan pengguna akaun RHB akan bertambah dengan mendadak setiap kali semester baru bermula. Walaupun tamat belajar, akaun Simpanan-i Pro ini akan ditukarkan ke akaun simpanan normal RHB secara automatik, memanjangkan lagi hayat pengguna. 

“Ok, akaun pelajar je bertambah, diorang bukan banyak duit pun.” jika itu yang terlintas dalam kepala anda wahai pembaca, anda silap, sangat silap.

Ramai tahu yang pemegang akaun ini cumalah pelajar, tetapi semua lupa ini bukan pelajar calang-calang, ini pelajar IPT. KPS diagihkan ke semua pelajar yang masih belajar di IPT, ini bermaksud:

Pelajar sepenuh masa
Pelajar separuh masa
Pelajar Diploma/Sarjana Muda/Ijazah/Master/Ph. D
Pelajar bukan warganegara

.

Penulis harap senarai di atas dapat membantu. Ya, pelajar IPT tak boleh di pandang remeh. Ini boleh ditafsirkan sebagai, bank RHD bukan sahaja berjaya mendapat kuantiti pelanggan yang tinggi, malahan juga berkualiti. Pelajar-pelajar ini suatu hari akan memangku jawatan yang tinggi, setarah dengan gaji.

.

4. Potensi joint venture 

Pelajar bermain di arcade bersama-sama

Mempunyai data yang banyak, wang yang tak akan haus dan pengguna yang ramai, sudah pasti akan ada syarikat yang nak joint venture dengan bank RHB, lagi-lagi business yang mensasarkan pelajar dan warga belia. 

KPS juga bertindak untuk memberi ganjaran, promosi dan diskaun kepada pelajar, ini boleh menjadi peluang pada business untuk menjual produk dengan menggunakan KPS sebagai medium.  Walaupun akhir kata di atas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), bank RHB pasti akan memainkan peranan yang besar.

Contoh: Promosi ke taman tema air atau ke shopping mall semasa cuti semester untuk pelajar. Pasti ramai yang berminat untuk ke sana dengan kawan-kawan untuk melepaskan stress.

.

Apa akan terjadi pada KPS di masa hadapan?

Apa langkah seterusnya selepas KPS terlaksana?

KPS pasti akan menjadi standard yang baru untuk para pelajar walaupun ia bukanlah kewajiban untuk membuka akaun Simpanan-i Pro, dengan hanya melihat faedah yang dinikmati kawan-kawan sudah mencukupi menjadi tarikan.

Syarikat bank yang lain akan mengikuti jejak bank RHB dan memeteraikan perjanjian dengan pihak IPT Swasta pula untuk mencipta inisiatif yang serupa dengan KPS. Malangnya IPTS tak centralized seperti IPTA, jadi rundingan pasti akan menjadi sukar.

KPT akan membuka peluang kepada syarikat bank lain untuk mengambil alih KPS setelah perjanjian KPT, IPTA bersama bank RHB tamat. Kemungkinan juga, setiap universiti awam akan bekerjasama dengan syarikat bank yang berbeza untuk mencipta kad matrik tersendiri.

Jadi penulis berharap yang pembaca sudah faham kenapa bank RHB menang besar dengan Kad Prihatin Siswa ini. Nampak benda remeh sahaja tetapi strategi di sebaliknya sangat lengkap. Penulis sudah cuba mencari siapa dalangnya yang mencipta inisiatif KPS ini, tetapi informasi sangat terhad dan KPS masih baru sahaja membuat agihan batch pertama. Apa yang pasti, sesiapa dalangnya (sama ada KPT, atau RHB) memang bijak.