Marketing yang mana satu berkesan
Sebelum pergi lebih jauh bercerita mengenai marketing mana
yang berkesan, Ketahuilah dahulu asas dan maksud marketing itu sendiri.
Marketing atau pemasaran adalah proses memperkenalkan, pertontonkan prodok atau
servis pada khalayak umum. Pelbagai cara proses, strategi dan cabang marketing yang
boleh kita gunakan bagi menampakan bisnes kita di khalayak umum.
Apakah strategi marketing yang bagus untuk produk dan servis
yang kita lakukan? Strategi yang berkesan sebenarnya adalah berdasarkan
seberapa kerap produk dan servis anda tonjolkan kepada khalayak, lagi kerap
lagi banyak peluang produk dan servis anda diterima dikalangan masyarakat.
01. Contoh
Apabila anda mempunyai satu produk sakit lutut. En. Ahmad (target audiance) melayari facebook dan anda (produk owner) menggunakan facebook ads untuk tonjolkan produk pada khalayak umum. En. Ahmad yang pertama kali melihat iklan anda masih lagi tidak membuat tindakan dan tidak terkesan dengan iklan anda.
Kemudian En. Ahmad ke kedai runcit berdekatan dan diperkenalkan oleh pekedai mengenai ubat sakit lutut jenama keluaran syarikat anda. En. Ahmad telah melihat kali kedua strategi marketing yang anda gunakan iaitu dengan melantik ejen atau meletakan risalah/ broucher di kedai runcit.
Kembali ke rumah En. Ahmad buka surat khabar dan terlihat kembali strategi marketing anda yang ketiga. Akhirnya En. Ahmad yang tadi meragui tentang produk keluaran perniagaan anda menjadi terkesan lalu mencapai telefon bimbitnya dan terus membuat pertanyaan melalui no telefon yang ada dibekalkan anda didalam iklan suratkhabar.
Itu antara contoh bagaimana proses marketing dan pemasaran berjalan. Marketing yang berkesan adalah bergantung kepada kekerapan dan ulang tayang mengenai bisnes yang kita paparkan melalui pelbagai cabang marketing. Strategi atau proses bagaimana yang harus kita lakukan adalah bergantung kepada keupayaan sesebuah perniagaan itu. Jika syarikat mempunyai modal yang besar strategi marketing yang besar boleh digunakan seperti Billboard, Iklan Radio, Iklan TV, Iklan Suratkhabar, Instafamous: FB ads, insta ads, tiktok ads dan youtube ads. (lihat infografik dibawah)
02. Kesimpulan
Untuk pemula dalam arena perniagaan ini adalah baik menggunakan strategi pengiklanan tanpa modal yang diguna pakai melalui media-media sosial yang sedia ada. Kerapkan buat content yang berfaedah mengenai produk anda tapi tidak terlalu menjual. Ini bertujuan untuk menanam minat tentang produk dan servis perniagaan anda kepada mereka. Akhirnya membuatkan mereka ingin mengetahui dan membuat panggilan atau mesej kepada anda.
Kedua-dua strategi mempunyai result yang berbeza. Dengan bermodalkan besar untuk marketing resultnya pun besar dan jika menggunakan strategi yang kedua result yang anda perolehi agak perlahan. Apa pun sebenarnya bergantung kepada matlamat kita dalam membuat kempen marketing ini.
Tidak setakat itu sahaja marketing. Terdapat pelbagai lagi persoalan mengenai marketing. Artikle yang diberi hanyalah sebagai asas pemahaman tentang proses marketing. Selain dari cabang-cabang marketing. Kandungan bahan Marketing bagaimana pula yang perlu diisi? untuk melengkapkan proses pemasaran ini. Ingat kandungan bagaimana perlu dibuat tanpa menjual. Kami adalah pakar dalam strategi pengisian kandungan kreative pemasaran anda sedia membantu mendapatkan idea-idea profesional untuk kempen pemasaran anda.