Penting Ke Video Korporat? Ini 5 Informasi Pemilik Bisnes Perlu Tahu

Ramai pemilik bisnes cenderung membuat video ringkas sebagai kandungan media sosial. Namun, berapa ramai pemilik bisnes mempunyai video korporat mereka sendiri? Meremehkan video korporat syarikat boleh dianggap sebagai malapetaka dalam perkembangan bisnes.

Sebenarnya ada banyak manfaat apabila pemilik bisnes mempunyai video korporat sendiri. Ingin tahu manfaatnya? Teruskan baca artikel khas untuk anda yang mempunyai bisnes dan ingin mengembangkan bisnes.

5 MANFAAT VIDEO KORPORAT UNTUK BISNES ANDA

Video korporat mempunyai kekuatan tersendiri untuk mengukuhkan penjenamaan syarikat anda.

1) CARA MUDAH PERKENALKAN SYARIKAT
Video korporat bolehlah dianggap sebagai cara mudah untuk anda memberitahu kepada individu berkepentingan mengenai syarikat anda. Anda tidak perlu bercerita panjang atau mengharapkan individu tersebut menyelak satu demi satu muka surat naskhah profil syarikat. Anda hanya perlu berikan link video korporat anda dan individu tersebut hanya perlu menonton video berdurasi antara lima hingga 10 minit.

2) SYARIKAT TAMPIL BERPRESTIJ
Dengan adanya video korporat, syarikat anda tampil lebih berprestij dan bergaya pada mata orang ramai. Video korporat menjadikan penjenamaan syarikat anda berada pada satu tahap lebih tinggi. Dengan kesanggupan anda untuk melabur sejumlah wang demi mendapatkan sebuah video korporat, sudah tentu syarikat anda dipandang tinggi. Wang bukan segala-galanya, namun imbalan daripada pelaburan itu sangat bagus untuk penjenamaan syarikat anda.

3) PROSPEK LEBIH YAKIN
Video korporat juga menjadikan prospek lebih yakin dengan bisnes anda. Dengan hanya menonton, prospek lebih kenal dengan bisnes anda sekali gus meyakinan mereka untuk berurus niaga dengan anda. Video korporat boleh dimuat naik ke website dan media sosial. Hal ini memberikan kesan baik yang bukannya sedikit kepada syarikat anda.

4) SYARIKAT LEBIH MUDAH DIINGATI
Satu video jika kerap dimainkan dan selalu lalu lalang di media sosial, hal ini akan menjadikan kandungan video itu mudah diingati. Dengan video berdurasi lima hingga 10 minit, tidak mustahil jenama syarikat anda mulai bermain-main di fikiran prospek.

5) MUDAH KEMBANGKAN BISNES
Bagaimana video korporat boleh bantu mudahkan proses mengembangkan bisnes? Caranya adalah apabila anda mempunyai video korporat, ramai individu boleh menonton dan mengenal syarikat anda dengan lebih dekat. Hal ini menjadikan syarikat anda lebih dekat dengan setiap individu yang menonton. Justeru, jika anda ingin membuat kolaborasi dengan mana-mana organisasi, proses tersebut jadi lebih mudah sekali gus menjadikan bisnes anda lebih mudah berkembang pesat.

Hasilkan video korporat syarikat anda sekarang!

Tidak kiralah sama ada perniagaan besar atau kecil, video korporat syarikat sebenarnya satu perkara penting yang perlu difikirkan. Sebagai pemilik bisnes, anda perlu memastikan bisnes anda memiliki sebuah video yang menceritakan mengenai syarikat dan perniagaannya secara ringkas dan mudah difahami.

Ingin kami bantu menyediakan kandungan video korporat anda? Modachi sedia bekerjasama dengan syarikat anda. Hantarkan e-mel anda kepada kami sekarang ke alamat modachimy@gmail.com