Aplikasi TikTok kini telah menjadi salah satu platform sosial yang banyak dimuat turun. Kita telah melihat satu lonjakan apabila Malaysia merekodkan sebanyak 14 juta pengguna di aplikasi TikTok. Data ini juga dijangkakan akan bertambah sehingga 21 juta menjelang tahun 2027. Rekod ini tidak asing lagi apabila kita dapat melihat pertambahan content creators juga pengguna di aplikasi ini. Terbaru, TikTok shop yang diperkenalkan pada tahun 2022 telah menarik ramai peniaga untuk menjadi TikTok host. Namun, apakah cara yang efektif untuk menjadi seorang host TikTok berjaya?
1. Brand Awareness
Untuk 10 minit yang pertama, dapatkan viewers untuk masuk ke live anda dahulu. Pada waktu ini, terangkan kepada viewers tentang nature of business. Dengan cara ini, anda menjelaskan kepada viewers anda tentang syarikat dan produk yang anda akan jual dalam live. Ini bagus untuk kita memperkenalkan kepada viewers tentang strength business anda supaya mereka lebih tertarik dan percaya.
2. Hard Sell Pada Waktu Viewers Ramai
Selepas anda dapatkan viewers anda untuk kekal dalam live, gunakan cara hard sell untuk mengenalkan viewers kepada produk anda. Hard selling adalah satu cara untuk menjual produk anda kepada viewers melalui penerangan produk, harga dan kepentingan produk. Contoh ayat yang boleh digunakan host untuk hard sell adalah seperti berikut:
“Promosi ini hanya waktu live sahaja”
“Harga asal jauh beza dengan harga live”
“Beli satu, saya bagi percuma freegift”
3. Gunakan Tagline Yang Catchy Dan Mudah Diingat
Tagline atau slogan adalah salah satu elemen penting untuk TikTok host melakukan branding bagi perniagaan. Penggunaan tagline yang catchy dan mudah diingati amat penting untuk viewers ingat akan produk anda. Pemilihan tagline yang sesuai mestilah menggunakan ayat yang pendek dan perkataan lebih in trend. Selain itu, susunan ayat mestilah memberi impak kepada viewers. Penting juga untuk diingatkan, host perlu mengulangi tagline ini setiap kali live supaya lebih mudah diingati.
4. Sentiasa Tekankan FOMO
Teknik Fear Of Missing Out atau singkatannya FOMO adalah salah satu cara marketing dengan mempengaruhi viewers secara psikologi melalui penekanan mengambil peluang membeli pada waktu ini agar tidak terlepas. Cara ini boleh dilakukan dengan menetapkan waktu live yang sesuai. Sentiasa sedarkan pengguna akan masa yang tinggal agar dapat menghasilkan rasa terlepas dengan promosi yang berlangsung. Ini akan melahirkan rasa risau mereka akan terlepas promosi dan memaksa mereka untuk membuat keputusan secara singkat. Yang terakhir, penggunaan kata dan susunan ayat yang sesuai juga memainkan peranan untuk memaksa viewers membuat keputusan dengan segera. Sebagai contoh, mengingatkan viewers tentang waktu lebih sesuai melalui penggunaan ayat “Kita hanya ada 5 minit sebelum live dan promosi kita berakhir” berbanding “Kita ada 5 minit sahaja lagi sebelum kita end live”.
Ringkasan
Kesimpulannya, penggunaan TikTok live kini lebih dari sekadar untuk akaun personal. Melalui penubuhan TikTok Shop di Malaysia, ramai peniaga kecil telah beralih ke TikTok untuk melakukan promosi produk. Namun, penting untuk kita ingat bahawa aplikasi ini hanyalah platform dan kemahiran host untuk melakukan direct sales amatlah penting. Dengan mengaplikasikan teknik-teknik di atas, komunikasi antara viewers dan host lebih interaktif. Selain itu, teknik ini dapat meningkatkan jualan untuk produk anda. Jadi apa tunggu lagi? Jom kita boosts sales!