Jika anda ialah individu yang mempunyai perniagaan dan mahu membuat strategi pemasaran, anda pastinya memerlukan khidmat agensi perhubungan awak atau public relation (PR). Agensi PR merujuk kepada proses strategik yang melibatkan pengurusan komunikasi antara organisasi dan pelbagai pihak berkepentingan iaitu pelanggan, media, pelabur dan masyarakat umum.
Tujuan utama PR adalah untuk membina dan mengekalkan reputasi yang positif bagi sesebuah jenama membina hubungan yang kukuh dengan audiens. PR bukan hanya tentang mempromosikan jenama, tetapi juga tentang membina hubungan yang saling menguntungkan dan membentuk persepsi positif dalam kalangan masyarakat.
Agensi PR boleh membantu perniagaan dengan melakukan:
Komunikasi Strategik
Agensi PR mengembangkan strategi komunikasi komprehensif yang selaras dengan matlamat perniagaan. Mereka menilai audiens sasaran, merangka mesej utama dan menentukan saluran terbaik untuk penyampaian. Hal ini demi memastikan komunikasi berkesan dan menarik perhatian audiens.
Sebagai contoh, PR menggunakan media konvensional seperti siaran akhbar untuk mendapatkan mesej yang lebih penting akan lebih dipercayai oleh masyarakat. Akhbar walaupun mungkin dianggap tidak banyak membantu dari segi mendapatkan jualan berbanding pembelian iklan dalam talian misalnya fb ads, namun paparan di akhbar merupakan satu strategi ampuh untuk menaikkan kepercayaan.
Hubungan Media
Agensi PR mempunyai hubungan baik dengan pihak media termasuk media cetak dan televisyen. Mereka akan mencadangkan naratif, mendapatkan wawancara dan memperoleh liputan dalam penerbitan yang bereputasi bagi meningkatkan populariti jenama. Pendedahan ini dapat meningkatkan kredibiliti dan menarik pelanggan baru.
Hubungan baik dengan pihak media ada banyak manfaatnya. Hal ini turut membantu apabila pada ketika tidak disangka tiba-tiba perniagaan anda ditimba satu isu yang memerlukan penjelasan khas untuk masyarakat.
Anda mungkin tidak memerlukan media konvensional untuk mempromosikan perniagaan anda, namun usah dilupa bahawa peranan media massa konvensional ini amat penting apabila perniagaan anda memerlukan kuasa media untuk membersihkan nama atau membetulkan satu-satu isu yang tidak disangka-sangka.
Pengurusan Media Sosial
Selain membantu aspek komunikasi syarikat anda melalui media konvensional, agensi PR juga membantu dari segi pengurusan media sosial. Seiring peredaran zaman, kekuatan ‘bersuara’ di media sosial juga menjadi satu elemen penting untuk membantu dari segi penjenamaan dan meningkatan jualan.
Agensi PR membantu perniagaan anda dalam pengurusan media sosial mereka misalnya mencipta kalendar posting, berinteraksi dengan pengikut, menjawab pertanyaan dan data memantau analitik. Hal ini termasuklah membantu menaikkan engagement daripada pengikut di media sosial anda.
Secara keseluruhan, agensi PR berfungsi sebagai rakan strategik yang meningkatkan usaha komunikasi perniagaan, membina kesedaran jenama, mengurus risiko reputasi dan akhirnya menyumbang kepada kejayaan jangka panjang. Kepakaran agensi PR membolehkan anda memberi tumpuan kepada kerja meningkatkan keupayaan operasi. Biarlah PR yang membantu dari segi komunikasi.
Jika perniagaan anda memerlukan agensi PR, Modachi sedia membantu. Kami mempunyai pengalaman menguruskan komunikasi pelbagai syarikat perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta agensi kerajaan yang mengadakan pelbagai kempen.
Hubungi Modachi sekarang (maryammodachi77@gmail.com)