Perniagaan kecil memainkan peranan penting untuk merancakkan ekonomi. Melalui perniagaan sebegini, peniaga berpeluang menawarkan pelbagai produk kepada pelanggan mereka. Lazimnya, peniaga kecil memfokuskan kepada produk seperti makanan dan minuman, pakaian, kraf tangan serta tanaman.
Selalunya, produk yang diusahakan secara perniagaan kecil perlu mudah disampaikan kepada pelanggan. Salah satu cara untuk mudah bertemu dengan pelanggan adalah dengan cara menyertai event. Ada banyak tapak niaga yang disediakan pada hujung minggu. Misalnya tapak pasar malam, tapak jualan car booth atau ruang niaga di dalam dewan terbuka.
Peniaga kecil perlu memberanikan diri untuk menyertai event. Selain dapat meningkatkan jualan, anda juga berpeluang meluaskan networking sesama peniaga kecil yang lain. Dari sini anda boleh dapat lebih banyak maklumat mengenai tapak jualan dan produk yang mudah dijual selain produk jualan anda.
Seterusnya, peniaga juga boleh membangunkan rangkaian dan meluaskan kerjasama. Event sering dihadiri oleh peniaga, pengedar dan rakan kongsi industri yang boleh menjadi peluang untuk membina rangkaian perniagaan serta kerjasama untuk masa hadapan. Oleh itu, peluang ini tidak boleh disia-siakan.
Bagi membantu anda menjayakan impian untuk menyertai event, Modachi berikan tiga tip bermanfaat iaitu:
1) Gunakan Media Sosial Sebagai Sumber Maklumat
Media sosial bukan sekadar ruang untuk bersosial. Namun media sosial boleh jadi satu ruang yang penuh dengan maklumat yang diperlukan untuk menjayakan impian anda menyertai event. Gunakan platform seperti Facebook, TikTok dan Instagram. Selain mencari akaun media sosial penganjur event, boleh gunakan hashtag khusus untuk menemui mereka di media sosial. Ini memudahkan anda untuk mendapat informasi mengenai event yang akan datang yang berdekatan dengan lokasi mereka. Sebagai contoh, #Foodfestival dan #Musicconcert.
2) Ambil Tahu Mengenai Syarat Sebagai Vendor
Sebelum menyertai event dan mula berniaga di sana, peniaga perlu ambil tahu syarat yang dikenakan sebagai vendor. Ini kerana, ada penganjur yang meletakkan syarat untuk anda menyertai event yang dianjurkan. Jadi, anda perlu peka supaya tidak kecewa apabila tidak dapat menyertai event yang dihajati.
Antara syarat-syarat yang biasa adalah:
- Lesen perniagaan atau mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Salinan kad pengenalan
- Salinan penyata akaun bank
- Produk mesti mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985
- Tarikh Tamat Sijil-Sijil Berkaitan dengan Kelayakan Penyertaan Tawaran
- Pemilikan Syarikat
3) Memahami Risiko Berniaga dalam Event
Walaupun event adalah pilihan terbaik untuk berniaga terus kepada pelanggan, namun peniaga perlu mengetahui risiko apabila memilih untuk menyertai event. Hal ini supayatiada masalah yang timbul pada hari kejadian apatah lagi apabila anda telah membayar sejumlah wang kepada penganjur untuk menyertai event.
RISIKO | SEBAB |
Sewa tapak yang mahal | Peniaga cenderung akan mengabaikan event yang memberi sewa tapak yang mahal. |
Jumlah pengunjung | Jumlah pengunjung yang ramai pastinya akan menarik perhatian peniaga untuk menyertai event. |
Pesaing | Pesaing yang ramai dalam penjualan produk dapat melemahkan motivasi peniaga untuk mencuba. |
Cuaca | Cuaca yang tidak menentu seperti hujan dapat memberi kerugian yang besar kepada peniaga. |
Kehilangan dan kerosakan peralatan | Kehilangan peralatan boleh terjadi sekiranya peniaga cuai. |
Ketidakcukupan tenaga kerja | Tidak cukup tenaga kerja adalah satu kerisauan bagi peniaga kerana terdapat ramai pelanggan di event tersebut. |
Logistik | Logistik juga merupakan barang-barang jualan seperti ais batu dan peniaga perlu peka semasa menjalankan perniagaan. |
Lokasi tapak | Lokasi tapak yang berbahaya seperti lokasi banjir kilat juga merupakan risiko-risiko yang perlu diambil berat oleh peniaga. |
Dengan menyertai event dan vendor, peniaga akan mempelajari ilmu yang luas tentang peluang pemasaran yang sangat berharga iaitu interaksi dengan pelanggan. Ini kerana, terdapat ramai pelanggan yang terdiri daripada pembekal lain dan pelajar. Oleh itu, peniaga akan lebih terdedah dengan aktiviti-aktiviti komuniti yang boleh disertai pada masa hadapan.