Jika jenama anda sentiasa diingati oleh pelanggan pelbagai usia; pada setiap masa, maknanya jenama anda mempunyai tahap kesedaran jenama yang tinggi. Tahniah!
Biasanya, sesebuah jenama itu mempunyai tahap kesedaran jenama yang tinggi apabila keseluruhan tenaga kerja jenama tersebut mementingkan aspek asas pengurusan jenama. Hal ini sekali gus dapat mempengaruhi persepsi pengguna dan keputusan membuat pembelian.
Kiranya, anda telah menang berbanding pesaing yang kurang dikenali atau tidak sepopular jenama anda. Bukankah itu satu kemenangan?
Kenapa Penting Miliki Kesedaran Jenama?
Sebagai sebuah jenama, anda perlu ambil berat mengenai kesedaran jenama. Modachi terangkan sedikit sebanyak manfaatnya.
1) Diiktiraf Pengguna
Pentingkah pengiktirafan pengguna kepada jenama anda? Jawapannya, amat penting kerana pengguna yang ramai menjadikan jenama anda semakin kukuh.
2) Lebih Dipercayai
Jenama yang lebih dikenali ramai mampu meraih lebih tinggi kepercayaan daripada pengguna berbanding jenama yang tidak dikenali apatah lagi jenama yang kurang pengguna.
3) Pemasaran Berkesan
Jika produk anda memiliki kesedaran jenama yang tinggi, biasanya kempen pemasaran anda pasti menjadi lebih berkesan. Kenapa? Ini kerana pengguna lebih cenderung untuk melibatkan diri dan bertindak balas terhadap iklan jenama yang mereka lebih kenal.
4) Lebih Berdaya Saing
Pelanggan lebih ingat akan jenama anda apabila jenama anda mendapat tempat istimewa dalam fikiran khalayak ramai. Hal ini dianggap sebagai satu kemenangan berbanding jenama pesaing.
Bagaimana Spotify Tingkatkan Kesedaran Jenama?
Spotify adalah satu contoh jenama yang mempunyai kesedaran jenama berjaya. Melalui pemerhatian Modachi, melihat Spotify melaksanakan strategi pemasaran yang sangat bijak.
Spotify menggunakan gabungan pemasaran digital dan kandungan jana pengguna (UGC) untuk membina kesedaran jenama. Spotify menggalakkan pengguna berkongsi tabiat mendengar sekali gus membuatkan pengguna cenderung untuk melibatkan diri.
Malah, Spotify berjaya menangkap perhatian khalayak ramai melalui penggunaan logo unik berwarna hijau. Logo yang ringkas dan aplikasi yang mesra pengguna membantu mengukuhkan perhatian pengguna terhadap Spotify.
Justeru, kami menyarankan supaya pemilik syarikat mengambil teladan daripada Spotify dari segi kesedaran jenama.
Melalui rekaan logo yang ringkas namun berkesan menarik perhatian, boleh menjadi salah satu cara untuk khalayak lebih mudah mendekati jenama anda.
Lantas, penciptaan produk yang mesra pengguna juga amat penting supaya khalayak lebih suka menggunakan produk anda berbanding pesaing.
Mungkin, dua faktor ini nampak biasa-biasa sahaja. Namun dengan menekankan dua faktor ini sudah memadai untuk anda mendapat tempat di hati pengguna dengan lebih baik.
Kesimpulannya, tidak perlu terlalu bersusah payah untuk memenangi hati pengguna. Namun jika anda bersungguh-sungguh dalam hal-ehwal memenangi hati pengguna, semestinya pelanggan lebih sedar terhadap kewujudan jenama anda.