3 Manfaat Tulis Iklan Guna Teknik Storytelling

Individu yang menulis iklan dipanggil copywriter. Mereka menggunakan teknik penulisan iklan untuk memujuk prospek supaya bertindak mendapatkan produk atau servis yang diiklankan. Tanpa teknik yang betul, iklan yang dihasilkan bukan saya kurang berkesan, malah tidak mustahil menjadi iklan yang gagal.

Terkini, antara teknik yang digunakan dalam penulisan iklan adalah teknik storytelling. Boleh dikatakan bahawa stortytelling merupakan satu pendekatan yang sangat efektif dalam dunia penulisan termasuk penulisan iklan. Teknik ini bukan sahaja menarik perhatian pembaca tetapi mampu menyampaikan mesej dengan lebih baik.

Modachi sinonim dengan tagline brand storyteller. Kami berikan manfaat menulis menggunakan teknik storytelling dalam konten iklan anda:

  1. Meningkatkan ingatan pembaca kepada jenama
Penceritaan yang baik adalah ibarat kita bergossip. Orang suka mendengarnya lantas memberikan reaksi.

Manusia suka membaca cerita. Biasanya, apabila satu situasi dikisahnya secara cerita, orang akan mudah ingat. Ini kerana cerita boleh merangsang emosi dan imaginasi. Dalam penulisan iklan, teknik penceritaan dibina dengan menggabungkan elemen cerita dalam penulisan sehingga menjadikan mesej yang hendak disampaikan lebih memikat hati pembaca.

Sebagai contoh:

Penulis iklan bukan setakat menulis ciri-ciri produk, tetapi penulis bercerita macam mana produk itu boleh bantu kehidupan seseorang malah merobah kehidupannya menjadi lebih baik berbanding sebelum menggunakan produk tersebut.

Penceritaan itu pula dimasukkan elemen emosi sehingga membangkitkan rasa untuk mencuba supaya boleh mendapat manfaat sebagaimana yang diceritakan. Penceritaan yang baik di tangan seorang penulis berpotensi boleh membuatkan iklan itu berjaya masuk ke dalam ingatan seseorang. Apabila disebut sahaja masalah, orang akan ingat produk itu sebagai solusinya.

  1. Menguatkan Identiti Jenama
Cerita yang menarik, cukup rempah ratusnya, mampu mengukuhkan identiti jenama.

Sebuah storytelling yang baik bukan sekadar menjual produk. Namun, storytelling mampu mengukuhkan identiti jenama melalui penceritaan yang amat menarik. Teknik penceritaan dapat bantu mengukuhkan identiti jenama dengan cara lebih organik iaitu tanpa dipaksa-paksa supaya orang mempercayainya.

Kaedah penceritaan menjadikan iklan yang disampaikan nampak jujur dalam penyampaian nilai misalnya visi dan misi syarikat. Contohnya kisah pengasas produk yang bermula hanya dengan ruang niaga di garaj kereta sehingga mampu mendirikan wisma sendiri. Penceritaan yang bagus mampu memberikan inspirasi sehingga jenama itu kukuh identitinya tanpa perlu dipaksa-paksa.

  1. Meningkatkan Engagement Pembaca
Orang suka memberi komen dan reaksi terhadap cerita yang menarik perhatian mereka.

Dalam era digital, platform untuk memuat naik iklan tidak dapat lari daripada platform media sosial. Justeru, apabila iklan dimuat naik ke media sosial, sudah semestinya engagement pengguna media sosial menjadi salah satu kayu ukur terhadap kejayaan satu-satu posting iklan tersebut.

Cerita mempunyai kemampuan untuk menarik perhatian pembaca sekali gus membuatkan mereka terus membaca iklan sampai ke noktah terakhir.

Pada hari ini, tahap fokus manusia kepada satu-satu perkara amat terhad. Menurut kajian Microsoft, perhatian (attention) manusia hanya setakat 8 saat sahaja. Jadi, teknik penulisan menggunakan kaedah storytelling boleh jadi ‘senjata’ untuk mendapatkan perhatian pembaca.

Sebagai contoh, iklan melalui e-mel marketing boleh dibentuk menggunakan cerita kejayaan daripada pengguna sebelum ini. Kisah-kisah sebegini perlu diolah dengan baik supaya dapat memberi banyak manfaat kepada iklan yang bakal dibuat.

Biasanya, posting berbentuk penceritaan begini mendapat banyak engagement daripada pengguna media sosial sehingga mereka tidak perasan kisah yang dibaca itu sebenarnya adalah iklan

Kesimpulannya, menulis iklan dengan kaedah storytelling memberikan banyak manfaat kepada seorang copywriter. Tiga manfaat iaitu meningkatkan ingatan kepada jenama, menguatkan identiti jenama dan meningkatkan engagement pengguna media sosial, sudah memadai untuk mengukur kejayaan sesebuah pengiklanan tersebut. Apatah lagi jika iklan itu mampu menjana jualan yang tinggi, maka itulah dia kejayaan sebenar sesebuah iklan.