5 Strategi Content Marketing, Bina Jenama Berautoriti

Dengan kebangkitan media sosial pada era globalisasi, content marketing telah muncul sebagai tools yang berkesan untuk meningkatkan jenama. Perniagaan boleh fokus untuk mengeluarkan content yang membantu menjana prospek dan meningkatkan keuntungan melalui content marketing

Dengan persaingan yang semakin meningkat dari sehari ke sehari, content marketing perniagaan kita perlu kekal selaras dengan trend semasa untuk bersaing dengan jenama dalam bidang yang sama. Apabila bercakap tentang pemasaran, istilah yang dikenali sebagai ‘autoriti jenama’ akan muncul.

Autoriti jenama pula merujuk kepada kesan apabila pelanggan melihat jenama anda. Pelanggan melihat jenama anda sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai dalam bidangnya. Syarikat yang mempunyai autoriti jenama yang tinggi adalah lebih dipercayai oleh pelanggan dan mempunyai pengaruh yang tinggi. 

Bagaimana cara untuk sukses dalam strategi content marketing? Modachi tunjukkan lima cara membina content marketing yang berkesan.

  1. Mempelbagaikan Posting Content Yang Berkaitan Dengan Bidang Perniagaan

Anda disarankan mempelbagaikan posting berkaitan jenama anda bagi memastikan audiens mendapat apa yang mereka inginkan daripada content anda. Strategi mempelbagaikan posting yang berkaitan juga bertujuan memastikan orang ramai mempercayai content berkaitan bidang perniagaan anda dengan lebih mantap. 

Selain itu, kepelbagaian content dapat menarik khalayak sasaran pergi ke akaun media sosial anda sekaligus meningkatkan engagement dan view. Oleh itu, anda disaran supaya mengkaji media sosial pesaing untuk mendapatkan idea mengenai jenis content yang perlu dihasilkan dan yang perlu dielakkan.

2. Menjawab Soalan Audiens Melalui Posting

Apabila audiens ada melontarkan soalan di media sosial anda, anda disarankan untuk segera menjawab. Respon pantas anda dengan cara memberikan jawapan terhadap soalan audiens adalah cara terbaik untuk mewujudkan autoriti jenama. Ini memberikan kesan bahawa anda tahu perkara yang berlaku di pasaran, sekali gus meningkatkan kepercayaan pelanggan.

Sebagai contoh, jika terlibat dalam perniagaan barang kemas, anda boleh hasilkan content berbentuk soal jawab dan berikan jawapan kepada soalan misalnya; ‘Mengapa harga emas jatuh sejak kebelakangan ini?‘ atau ‘Bagaimana untuk disiplin menyimpan aset dalam bentuk emas?‘ 

Apabila mempelbagaikan content seperti ini, orang lebih cenderung untuk membaca posting anda. Perlu diingat bahawa posting perlu ringkas dan padat supaya lebih mudah untuk audiens membaca.

3. Membuat Content Di Pelbagai Platform

Mengeluarkan posting content merentas platform ialah cara yang baik untuk menanamkan dalam minda khalayak sasaran bahawa anda mempunyai awareness dalam pelbagai saluran media.

Sebagai contoh, perniagaan boleh menyasarkan untuk membuat content Instagram dan content TikTok. Content yang sama dimuat naik pada kedua-dua media sosial itu. Pastikan untuk memberi kepentingan kepada semua platform.

4. Mengoptimumkan SEO (Search Engine Optimization) 

Content Marketing dan Search Engine Optimisation (SEO) perlu dijalankan seiring. Dengan mengoptimumkan content marketing perniagaan untuk SEO, anda meningkatkan keupayaan untuk anda dilihat pada platform digital. Apabila khalayak sasaran menjumpai content dengan mudah melalui hasil carian, ia meningkatkan keterlihatan jenama dan meletakkan perniagaan sebagai sumber utama dalam industri.

5. Membentuk Pemikiran Lebih Kehadapan

Untuk menjadi jenama yang mempunyai autoriti, anda perlu berfikiran lebih kehadapan berbanding pesaing. Content marketing yang dihadilkan dengan teliti, memberi banyak manfaat kepada jenama anda sendiri. Content marketing bukanlah bermaksud anda perlu menghasilkan terlalu banyak kuantiti content itu. Namun sebenarnya mengenai kualiti content yang dihasilkan.

Fokus kepada content yang berimpak tinggil misalnya kajian penyelidikan, berkongsi ilmu kepakaran dan juga konsisten untuk bersoal jawab mengenai topik yang relevan. Semua ini mampu menyumbang kepada kredibiliti anda dan sekali gus meletakkan jenama anda sebagai jenama yang berautoriti.

Membina autoriti jenama dan pemikiran pemimpin melalui content marketing merupakan pelaburan jangka panjang yang membuahkan hasil dalam pelbagai cara. Dengan menyampaikan content bernilai secara konsisten, perniagaan menarik dan mengekalkan pelanggan, meningkatkan kesetiaan jenama dan memacu pertumbuhan. Modachi mampu membantu dalam mewujudkan identiti jenama yang kukuh serta autoriti jenama, penjenamaan dan agensi pengiklanan untuk perniagaan anda.