Mempunyai sebuah sales page adalah perkara yang bagus. Namun, sales page yang bagus adalah sales page yang mudah convert kepada jualan. Anda pasti gembira apabila mendapat jualan yang banyak daripada sales page itu.
Apakah manfaatnya jualan daripada sales page? Anda tidak perlu membuat closing pun berbanding jualan yang perlu close di WhatsApp. Memang meletihkan untuk seseorang peniaga itu mendapatkan jualan melalui WhatsApp. Justeru mempunyai sebuah sales page yang berimpak tinggi adalah satu impian peniaga online.
Modachi tunjukkan 10 perkara yang perlu ada pada sales page anda untuk jadi sebuah sales page berimpak tinggi.
1) Tajuk Yang Power!
Tajuk berkesan memungkinkan sales page anda mendapat lebih perhatian. Tajuk tidak perlu bersifat hype. Cukup sekadar tajuk yang jelas dan menunjukkan manfaat utama produk anda.
Sekadar contoh:
Minuman coklat premium bantu langsingkan tubuh dalam masa 10 hari
2) Penerangan Produk Yang Mantap
Dalam sales page, anda perlu masukkan informasi yang cukup lengkap untuk bakal pembeli. Informasi ini perlu ada ciri-ciri produk yang dijual. Pun begitu, perkara paling penting adalah penerangan mengenai manfaat yang diterima oleh pembeli yang menggunakan produk anda.
Gunakan bahasa yang tidak mendesak. Sebaliknya guna bahasa yang memujuk supaya bakal pembeli berasa terpanggil untuk membeli.
3) Bukti Sosial Yang Meyakinkan
Perkara seterusnya yang perlu ada dalam sales page adalah bukti sosial. Bukti sosial ini ada banyak. Antaranya adalah testimoni pelanggan, sijil pengiktirafan dan paparan dalam akhbar.
Semua bukti ini boleh meningkatkan keyakinan bakal pelanggan. Mereka mudah membuat pembelian tanpa ragu-ragu. Justeru, masukkan bukti-bukti ini ke dalam sales page anda.
4) Maklumat Harga dan Offer Yang Jelas
Dalam sales page, maklumat tidak boleh samar-samar. Semuanya perlu jelas terutama jika anda menyebutkan mengenai harga dan offer. Berapa harga sebenar? Berapa harga offer?
Tulis dengan jelas tanpa ada selindung. Jika pelanggan perlu membayar harga pengeposan, masukkan harga pengeposan secara tetap mengikut kawasan iaitu semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan luar dari Malaysia.
5) Gambar & Video Yang Menarik
Tahukah anda bahawa gambar yang menarik juga turut mempengaruhi minda seseorang? Gambar dan video fokus kepada visual seseorang. Justeru alangkah bagusnya jika anda dapat menghasilkan gambar dan video yang berkualiti tinggi.
6) Design Yang Mudah Dibaca
Apabila membuat design untuk sales page, usahlah terlalu beria-ia menggunakan banyak warna, reka letak yang keterlaluan atau menggunakan font yang fancy. Fokus kepada sesuatu yang minimalis namun tetap nampak cantik pada pandangan mata.
Paling utama, design perlulah mudah dibaca dan tidak menyusahkan individu yang datang ke sales page anda. Buatlah design yang sesuai dengan produk yang anda jual.
7) Tawaran Yang Menarik
Dalam sales page, tawaran yang benar-benar menarik dapat meningkatkan tindakan. Tawaran perlulah dalam bentuk penambahan nilai (value added) dalam sesuatu produk. Walaupun tawaran potongan itu sangat menarik, namun biasakan sesuatu yang ada penambahan nilai. Pelanggan anda pasti lebih gembira.
Tawaran yang ada tempoh masa tertentu selalunya lebih berkesan untuk menjamin orang ramai membuat pembelian. Sekadar contoh, jualan dalam tempoh bulan puasa.
8) Waranti dan Jaminan Wang Dikembalikan
Jika anda berani membuat jaminan wang dikembalikan jika produk anda gagal memenuhi kriteria sebagaimana yang telah diuar-uarkan, maka orang ramai pasti lebih yakin. Justeru, buatlah satu waranti atau jaminan kepada pelanggan anda mengenai produk yang anda jual.
9) Call To Action (CTA) Yang Jelas
Call To Action atau CTA adalah satu panggilan tindakan yang meningkatkan keinginan pelanggan untuk memiliki produk anda.
CTA yang biasa ditulis adalah Beli Sekarang, Daftar Percuma, Hubungi Kami.
Namun untuk tampil berbeza, anda boleh cuma CTA yang lebih unik. Misalnya, Saya Ingin Berubah jika anda menjual buku motivasi. Jika anda menjual produk pelangsingan, boleh guna CTA Saya Ingin Langsing. Begitu juga dengan produk lipstik, anda boleh guna CTA, Saya Nak Bibir Cantik. CTA ini perlulah dibina melalui manfaat produk yang anda jual.
10) Contact Yang Jelas
Selepas CTA, gunakan pula informasi contact yang jelas untuk menghubungi anda jika pelanggan mempunyai sebarang perkara yang hendak ditanyakan. Contact ini adalah alamat e-mel dan nombor telefon.
Untuk pembelian, sales page lazimnya mempunyai sistem pembelian atas talian yang memudahkan anda untuk menerima jualan.
Kesimpulannya, manfaatkan sales page anda supaya menjadi sales page yang menjana banyak jualan dengan adanya elemen-elemen yang menarik perhatian pembeli.
Modachi Sdn Bhd turut menyediakan servis membuat sales page untuk organisasi anda. Klik sini untuk berbincang dengan konsultan kami (Saya Nak Buat Sales Page)