Strategi Komunikasi: Ini 5 Cara Leader Patut Buat Jika Ada Staff Krisis Sesama Staff

Seorang leader di tempat kerja, bukan sahaja perlu menangani urusan yang melibatkan hal-ehwal kerja sahaja. Malah, seorang leader juga perlu mengambil tahu perihal hubungan antara seorang staff dengan staff yang lain. Apatah lagi jika hubungan itu membawa krisis yang menjejaskan tugas.

Proses menangani krisis adalah satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh seorang leader. Kegagalan berbuat demikian membolehkan ruang ke arah negatif terbuka luas. Misalnya, hubungan sesama staff menjadi tegang sekali gus mengeruhkan keadaan.

Justeru, leader patut mempunyai kemahiran berkomunikasi bagi mengawal selia keseluruhan isu dalam jabatan yang diketuai.

Modachi memberikan lima panduan yang boleh digunakan oleh leader untuk membantu menangani isu krisis hubungan antara staff.

1) MEMBUAT PENILAIAN

Leader perlu tahu menimbang tara sebarang maklumat yang berkaitan krisis.

Seorang leader perlu bijak menilai sesuatu krisis. Untuk membuat penilaian, leader perlu mengumpulkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan krisis antara staff. Berdasarkan daripada maklumat ini, leader boleh mengenal pasti cara terbaik untuk menyelesaikan krisis.

Komunikasi berkesan memungkinkan leader dapat mengasingkan antara hal peribadi dengan hal berkaitan kerja. Inilah antara perkara penting dalam membuat penilaian. Segala makluman perlu ditapis dan diperhalusi leader dapat membuat keputusan yang tepat.

2) BERSIFAT NEUTRAL

Leader perlu neutral dan tidak menyokong mana-mana pihak.

Ketika menangani krisis antara staff, leader perlu mempunyai sifat neutral supaya objektif tidak lari. Leader tidak boleh berpihak kepada mana-mana individu. Senang kata, leader tidak boleh berat sebelah.

Jika leader tidak neutral, dibimbangi leader membuat keputusan yang salah sehingga menyebabkan ada rasa tidak puas hati dalam kalangan staff. Justeru, jangan menilai secara peribadi sebaliknya neutral dan adil.

3) KOMUNIKASI TERBUKA

Leader perlu beri peluang setiap individu meluahkan apa yang dirasa.

Apabila berdepan dengan krisis antara staff, leader perlu ada kemahiran untuk berkomunikasi secara terbuka. Leader perlu beri kesempatan kepada setiap individu yang terlibat dengan krisis untuk bersuara.

Satu perkara yang boleh leader perhatikan adalah bagaimana staff tadi melemparkan perspektif mereka terhadap isu yang menjadi krisis. Dari situ leader boleh memainkan peranan untuk menjernihkan keadaan di samping menyelesaikan krisis.

4) PENYELESAIAN

Setiap isu atau krisis pasti ada jalan penyelesaiannya.

Bukan mudah untuk menyelesaikan masalah. Adakala, selepas satu isu selesai, timbul pula isu baru. Justeru, penyelesaian perlu dilakukan secara tepat dan bijaksana.

Penyelesaian yang tepat dan bijaksana menyumbang kepada situasi lebih tenang. Krisis menyebabkan suasana tidak tenang dan boleh mengganggu budaya kerja positif yang diterapkan dalam organisasi. Leader yang bagus boleh menghindari krisis sama daripada berulang.

5) SOKONGAN

Leader yang bagus berupaya untuk mencetuskan suasana seronok bekerja.

Apabila berdepan dengan krisis sesama rakan sekerja, staff semestinya berasa stres. Mereka tidak tenang untuk bekerja. Justeru leader perlu memberikan sokongan berserta dengan bimbingan supaya staff yang terlibat dengan krisis sesama rakan sekerja berasa tidak keseorangan.

Bimbingan daripada leader memungkinkan staff dapat mengatasi masalah mereka dengan lebih baik dan tidak mengulangi kesilapan mereka sehingga terlibat dengan krisis.

Kesimpulannya, peranan leader amat besar dalam organisasi. Leader yang berkaliber mempunyai kemahiran tinggi untuk menjaga keharmonian staff.

Modachi mempunyai modul berkesan untuk organisasi anda memantapkan kemahiran komunikasi dalam kalangan leader. Kami telah menganjurkan bengkel komunikasi kepada kakitangan kerajaan, syarikat swasta dan juga syarikat korporat di seluruh Malaysia. Hubungi konsultan kami hari ini! Klik SINI.