5 Sebab Utama Perniagaan Anda Perlukan Video Korporat

Ada banyak perniagaan beroperasi tanpa mempunyai sebuah video korporat. Mungkin disebabkan bunyinya ‘korporat’ justeru ramai menganggap video sedemikian hanya diperlukan oleh syarikat-syarikat besar sahaja.

Pandangan tersebut perlu diubah kerana video korporat sebenarnya memberikan banyak kelebihan kepada sesebuah perniagaan. Malah, percayakah anda andai kami katakan bahawa tanpa video korporat, anda sebenarnya boleh kehilangan banyak benda yang istimewa dalam perniagaan.

Video korporat mampu memperkenalkan identiti perniagaan anda dalam masa kurang lima minit. Bukankah itu sesuatu yang amat bagus? Ayuh kita lihat beberapa point yang menjelaskan mengenai manfaat mempunyai video korporat untuk perniagaan anda.

1) MENGUKUHKAN IDENTITI PERNIAGAAN

Cerita mengenai permulaan perniagaan dan kisah perjalanan perniagaan anda adalah penting untuk menjelaskan identiti syarikat anda.

Jika ingin menceritakan perniagaan anda secara langsung, boleh ambil masa panjang untuk sesi penerangan. Video korporat boleh jadi perantara yang memudahkan orang ramai memahami identiti perniagaan anda.

Anda boleh menggunakan video korporat untuk memudahkan penerangan kepada pihak lain untuk mengenali perniagaan anda. Ini kerana video korporat dibuat berpandukan skrip yang dibina secara lengkap satu per satu untuk menerangkan identiti perniagaan anda.

Video korporat selalunya sudah lengkap menjawab soalan 5W 1H (apa, siapa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana). Justeru, ianya amat memudahkan untuk orang mengenali siapa anda.

2) MENGUATKAN PENJENAMAAN

Mesej yang disampaikan dalam video korporat adalah kuat untuk mempengaruhi penonton.

Video korporat selalunya mempunyai jalan cerita dan kaedah terbaik untuk menyampaikan satu mesej. Justeru, tidak mustahil apabila video korporat boleh menjadi satu platform menguatkan penjenamaan organisasi anda.

Video korporat mempunyai satu peranan untuk menguatkan jenama anda melalui cerita yang disampaikan. Video boleh berkomunikasi dengan orang ramai melalui jalan cerita tersebut. Justeru, hasilkan video korporat yang berkualiti supaya jalan cerita organisasi anda dapat disampaikan dengan baik.

3) MENJELASKAN PRODUK

Sesebuah perniagaan adalah organisasi yang menjalankan bisnes produk atau servis. Justeru, sudah pasti anda mempunyai produk untuk diuar-uarkan. Video korporat membantu orang ramai memahami jenis produk atau servis yang anda tawarkan tanpa anda perlu bersusah payah menjelaskannya. Biarkan video korporat mewakili anda.

Tanpa produk atau servis yang jelas, pelanggan sukar memahami corak perniagaan anda. Dengan video korporat, produk atau servis anda lebih mudah untuk dijelaskan sekali gus membuatkan pelanggan semakin dekat dengan anda.

4) MELUASKAN JANGKAUAN

Dengan hanya sebuah video klip, anda boleh memuat naiknya ke pelbagai platform. Misalnya di media sosial dan blog atau website. Hal ini memudahkan untuk orang ramai menonton dan mendapat mesej yang hendak disampaikan.

Jaringan (networking) adalah sesuatu yang amat penting. Lebih luas networking anda, maka perniagaan anda boleh jadi lebih besar.

5) MENINGKATKAN KEPERCAYAAN

Mempunyai video korporat meningkatkan keupayaan untuk close deal dengan klien.

Menonton video korporat, seseorang itu lebih mudah untuk mempercayai sesebuah organisasi. Ini kerana video korporat merakam sesuatu yang ‘real’ dan menunjukkan sesebuah organisasi itu memang betul-betul wujud.

Apabila kepercayaan orang ramai meningkat, maka lebih mudah untuk anda mendapatkan jualan pada masa akan datang kerana kepercayaan itu sudah ada. Jangan ambil mudah perihal kepercayaan kerana ianya amat penting bagi sesebuah organisasi

Kesimpulannya, tidak kira berapa besar skala perniagaan anda, amat bagus untuk memiliki video korporat. Banyak manfaatnya apabila mempunyai video korporat. Bukan hari ini, namun manfaatnya adalah berpanjangan dan memungkinkan peningkatan terhadap pertambahan pendapatan syarikat anda.

Ingin menghasilkan video korporat untuk syarikat anda? Modachi mempunyai kepakaran dalam hal ini untuk merealisasikan impian anda. Hubungi konsultan Modachi sekarang (KLIK SINI)