Apa Selepas Boikot? 3 Idea Untuk Usahawan Tempatan

Satu dunia mulai memberi respon apabila sekali lagi negara Palestin diserang oleh tentera Israel pada penghujung tahun 2023. Banyak berlaku pertumpahan darah dan paling konsisten sejak tragedi ini adalah masyarakat mulai memboikot produk-produk keluaran Israel. Malah produk yang bersangkut paut dengan negara itu juga turut terkesan.

Terdapat penurunan jualan dan media sosial mulai dipaparkan dengan foto daripada netizen yang memuat naik foto restoran yang bersangkut paut dengan Israel semakin kurang pengunjung. Ini sekali gus membuktikan bahawa masyarakat semakin cakna dengan tindakan boikot yang dikatakan mampu mengurangkan pendapatan Israel dalam membiayai kos peperangan.

Dari segi bisnes, apabila masyarakat mulai konsisten memboikot produk-produk terkenal yang ada kaitan dengan negara yang disebutkan di atas, apakah tindak peniaga tempatan dalam memberikan solusi kepada pengguna? Bukankah ini peluang untuk anda?

PELUANG UNTUK USAHAWAN TEMPATAN

Team Modachi melihat tindakan boikot oleh pengguna terhadap produk terkenal sebenarnya membuka peluang luas kepada usahawan tempatan. Alangkah ruginya jika anda tidak mengambil peluang ini untuk menjadikan produk anda semakin ‘dilihat’ dan ‘disedari’ oleh pengguna.

Modachi memberikan 3 idea untuk anda fikirkan dan lakukan sesuatu untuk meraih keuntungan di samping memberikan pilihan alternatif kepada pengguna selepas mereka boikot produk yang menjadi kelaziman buat mereka.

IDEA 1: PERBAIKI MUTU PRODUK DAN SERVIS

Produk yang menjadi sasaran boikot kebanyakannya adalah makanan. Jika anda tergolong dalam bisnes f&b yang seakan sama dengan produk yang diboikot itu, apa kata anda perbaiki mutu dan servis anda supaya setanding dengan produk yang telah diboikot?

Sebagai contoh, produk ayam goreng, burger dan kentang goreng. Tingkatkan mutu produk dari segi cita rasa dan packaging. Jangan sampai pelanggan mendapat makanan sejuk atau yang dipanaskan kali kedua. Paling utama, tingkatkan kualiti servis. Jangan biarkan pelanggan menunggu lama untuk mendapat makanan yang dipesan.

IDEA 2: JANGAN ABAI LATIHAN KEPADA PEKERJA

Berwajah manis, melempar senyuman, berbicara dengan lemah lembut dan bahasa badan yang menyenangkan. Inilah antara kriteria penting yang perlu ditunjukkan oleh pekerja yang melayan pelanggan terutamanya di kaunter pembelian.

Di sini, Modachi lihat betapa pentingnya latihan khusus kepada pekerja di kedai makan. Tidak hairanlah apabila syarikat-syarikat makanan segera terkenal mempunyai unit latihan khusus untuk pekerja mereka kerana servis barisan hadapan di kedai makan menjadi satu keutamaan dalam perniagaan f&b.

Tahukah anda, ada pelanggan yang tidak akan datang lagi ke kedai makan anda jika mereka berpengalaman menerima layan buruk daripada pekerja di restoran? Paling buruk apabila pelanggan menulis pengalaman tersebut di media sosial. Maka, rosaklah penjenamaan anda.

IDEA 3: MULAI MERANGKA STRATEGI PEMASARAN

Pemasaran yang betul dan berkesan adalah satu hal yang perlu anda fikirkan mulai sekarang!

Objektif pemasaran dalam situasi boikot ini adalah anda sebagai penyedia produk pilihan kepada pengguna selepas mereka tidak lagi membeli produk sedia ada yang diboikot. Justeru anda perlu menjadikan jenama anda menonjol dan sekali gus semakin dikenali.

Pelanggan akan mencari produk tempatan yang seakan sama dengan produk yang mereka boikot. Jika produk f&b, mereka cenderung mencari produk yang cita rasanya, look, menu dan segala-galanya lebih kurang sama dengan produk yang diboikot.

Jika anda ingin merencana strategi pemasaran, Modachi sedia bekerjasama dengan anda. Kami adalah sebuah syarikat pemasaran yang menggunakan kaedah storytelling berstrategi. Kami telah membantu banyak organisasi dari segi penyediaan konten pemasaran.

Kesimpulannya, usahawan tempatan perlu mengambil kesempatan daripada tindakan boikot ini untuk menjadi jenama pilihan bagi pengguna. Biarkan pengguna nampak dan ingat jenama anda sekali gus menjadikan jenama anda sebagai pilihan utama bagi seluruh masyarakat tempatan.

Ingin berbincang? Hantarkan e-mel anda kepada maryammodachi77@gmail.com sekarang.