Strategi Pemasaran & Rancangan Pemasaran: Pemilik Bisnes Perlu Bezakan Dua Perkara Ini

Pemilik bisnes pasti telah cakna dengan keperluan membuat pemasaran untuk melonjakkan jualan dalam syarikat. Hal ini amat perlu untuk diteliti supaya boleh menjadikan proses pemasaran sesuatu bisnes jadi lebih berkesan. 

Dalam perniagaan, pemasaran mempunyai dua aspek penting iaitu strategi dan rancangan. Kedua-duanya memainkan peranan penting dan ada objektif tertentu. Pemilik perniagaan perlu kenal pasti kedua-duanya supaya tidak terkeliru.

APA ITU STRATEGI PEMASARAN?

Strategi pemasaran.

Strategi pemasaran adalah satu hal yang merangkumi matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Untuk berjaya dalam strategi pemasaran, anda perlu memahami aspek sasaran pelanggan, pesaing, kekuatan perniagaan anda dan juga kelemahan perniagaan anda. 

Memahami semua aspek di atas, anda akan lebih fokus kepada arah tujuan pemasaran anda. Anda boleh tahu mengenai pasaran sasaran, penentuan kedudukan anda dalam pasaran dan menentukan keputusan yang diambil mengenai produk, harga, edaran dan promosi yang hendak dilakukan.

Antara perkara penting dalam strategi pemasaran yang perlu anda perhatikan adalah:

  • – Matlamat jangka panjang
  • – Matlamat jangan pendek
  • – Memahami pelanggan
  • – Mengkaji pesaing
  • – Kekuatan perniagaan (lebih bagus jika buat analisi SWOT)

* Analisis SWOT adalah fakta mengenai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman)

APA ITU RANCANGAN PEMASARAN

Rancangan pemasaran.

Rancangan pemasaran adalah butiran yang terperinci mengenai proses strategi pemasaran akan dilaksanakan. Ia mencatatkan tindakan yang lengkap dengan langkah-langkah perlu diambil untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti pemasaran.

Antara butiran terperinci yang perlu ada dalam rancangan pemasaran adalah:

  • – Aktiviti promosi
  • – Jadual pelancaran produk
  • – Perancangan aktiviti pengiklanan
  • – Penetapan anggaran bajet
  • – Matlamat yang hendak dicapai

Kesimpulannya, jangan terkeliru antara dua perkara iaitu strategi pemasaran dan rancangan pemasaran. Memahami perbezaan antara kedua-duanya boleh menjadikan anda lebih fokus dan memandu arah ke jalan yang lebih mudah untuk membuat pemasaran berkesan.