Ini 1 Sikap Buruk Yang Perlu Founder Elakkan!

Jika anda seorang founder, anda kena elakkan satu sikap buruk. Apakah sikap buruk itu? Sikap tersebut adalah ambil remeh etika kerja. Hal yang berkaitan dengan etika kerja bersangkut paut dengan prinsip profesionalisme.

Kurangnya etika kerja mempengaruhi corak anda melakukan kerja sebagai founder. Hal ini memberi kesan negatif yang serius pada perniagaan anda. Ingin tahu kesan sikap ambil remeh etika kerja sebagai founder? Jom!

1) HILANG REPUTASI

Reputasi sebagai founder perlu dijaga supaya orang pandang tinggi pada anda. Bagaimana cara hendak menjaga reputasi supaya tidak hilang? Anda perlu meningkatkan tahap trusted jenama anda pada mata orang ramai. Jadi anda tidak boleh menyebarkan informasi palsu mengenai produk, mencuri idea pesaing atau melakukan pelbagai penipuan dalam syarikat.

2) HILANG KEPERCAYAAN PELANGGAN

Apabila anda hilang reputasi, seterusnya anda bakal hilang kepercayaan pelanggan. Pelanggan tidak akan percaya lagi dengan anda termasuklah produk anda sekali. Anda hilang segalanya. Jualan semakin merosot dan perniagaan anda bakal hilang.

3) HILANG PEKERJA BERPOTENSI

Pekerja berdedikasi jangan disia-siakan dengan sikap anda yang tidak profesional.

Seorang pekerja berpotensi, mereka selalunya ingin bekerja dengan ketua yang boleh membantu meningkatkan tahap kerjaya dalam diri. Mereka tidak akan percaya dengan founder yang langsung tiada etika kerja dalam hidupnya. Jadi, anda akan hilang pekerja berpotensi.

4) BAKAL BERDEPAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Apabila anda tiada etika dalam perniagaan, anda mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang. Sikap tidak beretika memungkinkan banyak hal boleh berlaku.

Kesimpulannya, penting bagi founder untuk memahami dan mengamalkan etika kerja yang baik dalam menjalankan perniagaan. Etika kerja yang mantap membantu membangunkan reputasi yang baik sebagai founder.