Wahai Seller, Ini Salesman Terhebat Sebelum Adanya TikTok

Seller kena kenal Joe Ades, salesman terbaik

Memperkenalkan Joe Ades, seorang jutawan dengan hanya menjual pisau pengupas kulit di tepi jalan. Sebagai penjaja jalanan dia bekerja selama 6 hari seminggu. Dia bekerja secara sendirian tanpa bantuan sesiapa, dengan hanya dibekalkan stok yang dibelinya sendiri.

Jadi apa rahsiah disebalik pakcik yang berumur 72 tahun ini? Jawapannya tiga faktor sahaja, dan akan kami kongsikan.

No.1 Sayang dengan Apa yang Anda Jual

Suka pada kerja dan produk

Dua seller ini nampak minat pada produk yang dijual

Sebelum anda nak jual kepada pelanggan, anda cuba jual produk itu pada diri sendiri. Anda nak tak?

Kalau anda sendiri tak nak dan tak percaya pada sales pitch yang anda buat, apatah lagi orang di luar sana tu. Mereka semua bukannya tak ada duit, tapi produk yang anda nak jual tu sangat tidak memberansangkan. Apa yang membezakan produk anda dan orang lain yang dah ada di pasaran?

Mula-mula anda mesti belajar produk yang anda ingin jual. Bak kata orang tua, tak kenal maka tak cinta. Lepas dah kenal dan sayang dengan produk tu, terangkan pula kepada pelanggan anda, apa yang membuat anda jatuh cinta pada produk tu.

Joe Ades yang menjual pengupas kulit ni sangat, SANGAT percayakan produknya. Dia sendiri percaya yang tiada pisau pengupas yang lebih baik daripada produk yang dia jual. Ia produk nombor satu dalam hatinya. Sampai dia sendiri tak nak jual produk lain.

No. 2 Rupa dan Gaya

Berpakaian kemas, dan kedai juga bersih

Eh, nak jual barang kena handsome dan cantik ke?

Betul, tapi ini bukan apa yang penulis maksudkan. Maknanya di sini, pemakaian, gaya percakapan dan demonstrasi yang anda tunjukkan. Jual beli bukan bermula bila anda menerima duit semata-mata. Rupa kedai, packaging, kebersihan tempat dan hiasan.

Bila kita nak jual sesuatu kita mestilah berpakain yang bersesuaian. Dari jauh lagi orang dah berminat nak tahu apa produk yang kita jual. 

Tapi anda mestilah tertanya-tanya, apakah pakaian yang ‘bersesuaian’ itu?

Bersih, Kemas, Professional

Tiga sifat ni mesti wajib untuk menarik minat 90% prospek. Walaupun anda bekerja melapah daging sekalipun, bila berurusan dengan pelanggan tidak boleh lupa perkara ini. Tak percaya? Cuba buat sekarang.

No. 3 Pitching, Pitching dan Terus Pitching

Sekarang penulis akan kongsikan video Joe Ades yang viral. Dalam video berdurasi hampir 5 minit ini, dia hanya membuat pitching tanpa henti. Tiada borak kosong, dah tiada hard selling, cuma fokuskan untuk memperkenalkan produk kepada orang ramai.

Video menunjukkan Joe Ades mendemonstrasikan produk

Jadi apa pendapat anda selepas menonton video ini?

Jangan risau kalau tak faham apa kehebatan pitching dia, penulis akan terangkan. Ada banyak inti pati penting kalau kita analisis setiap ayat yang keluar dari mulut dia, tapi secara ringkasnya ialah:

1. Bandingan – Memberitahu kelebihan yang tiada pada produk yang orang awam selalu beli.

2. Sensitif – Boleh digunakan oleh sesiapa walaupun kidal ataupun ada arthritis.

3. Masalah biasa – Menyenang dan menyelesaikan masalah produk yang ada di pasaran.

4. Keburukan menjadi kebaikan – French fries bersisi 3 menjadi tarikan untuk pilihan sihat.

5. Benda remeh dijadikan tarikan – Perkara yang mudah dan kecil diketengahkan.

6. Idea – Memberi situasi dimana produk ini boleh menyerlah.

7. Testimoni – Memberi penonton peluang untuk mencuba produk.

8. Tiada keraguan – Beritahu yang ini bukan scam tanpa cakap ini bukan scam.

9. FOMO – Terangkan yang produk ini bukan mudah dijumpai.

10. Kualiti – Beritahu bukan buatan Cina, dan beli kerana kualiti bukan harga.

11. Promosi – Harga promosi jika beli lima.

12. Berbaloi – Menyenangkan hati pembeli, jangan bagi mereka merasa menyesal membeli.


Sampai di sini sahaja, ingat 3 fakto ini wahai seller-seller sekalian. Dengan mempraktikkan 3 faktor yang telah dibincangkan di atas, anda juga boleh mencapai Satu Juta pertama anda sama seperti Joe Ades dan para Titan daripada RichWorks.

Jika mahu cari lagi cara untuk anda meningkatkan sales anda di TikTok, boleh sahaja follow Business Banter by Modachi di TikTok. Ataupun terus berurusan terus dengan kami di sini.