Universiti Kena Lebih Proaktif Tarik Minat Lepasan SPM

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan mengumumkan seramai 180,680 lepasan SPM memilih untuk tidak menyambung ke pengajian tinggi. Bukan sahaja, ia berita buruk kepada universiti dan ekonomi Malaysia secara menyeluruh, ini juga bermakna syer pasaran untuk pihak universiti semakin berkurangan.

Telah tiba masanya untuk universiti-universiti di Malaysia untuk membuat pemasaran yang lebih agresif dan proaktif supaya dapat memasarkan kampus mereka. Antara idea pemasaran  yang anda sebagai pihak universiti boleh ambil adalah:

1. Mencipta Video Pendek Bersiri

Video pendek bersiri adalah cara yang sangat efektif kerana boleh dikongsikan di mana-mana platform media sosial yang remaja sering ‘melepak’. Video perlu tersebut bertemakan ‘pahit manis student life’. Ataupun video yang bersahaja seperti di bawah.

Contoh

Hidup solo di universiti

2. Mengadakan Khusus Pendek

Kebanyakan remaja masih tidak mengetahui arah tuju yang mereka ingin lalui di masa hadapan. Berbincanglah dengan pihak sekolah untuk mengadakan lawatan ke universiti ataupun pihak universiti sendiri yang akan mengadakan khusus di sekolah tersebut. Sediakan skrip yang menyakinkan untuk mereka memilih ke U.

Contoh

Di luar negara, banyak universiti menawarkan khusus dalam talian secara percuma, antaranya adalah:

  • Better Business Writing in English
  • Games without Chance: Combinational Game Theory
  • Supply Chain principles
  • An Introduction to Probability
  • Dan selebihnya, di sini.

3. Menawarkan Program Baharu

Pelajar mengambil perhatian pada subjek yang mereka berminat

Di Korea, pihak universiti bukan sahaja menawarkan program akademik dan praktikal, malahan kemahiran niche sudah menjadi norma baharu di sana. 

Antara program tersebut adalah:

  • E-Sport (Interdisciplinary Convergence Esports)
  • K-Pop (Department of K-pop Performance/K-pop School)

Bunyi pelik tetapi tidak boleh dinafikan lagi, dalam industri sekarang, e-sport dan k-pop telah menjana sebahagian besar ekonomi negara-negara di seluruh dunia. Di Jepun, juga ada khusus suara latar (voice acting) yang menjana pendapatan berjuta-juta. 

Jadi apa salahnya untuk mewujudkan khusus/program tersebut walaupun hanya sebagai subjek untuk satu semesta sekiranya tiada larangan daripada kerajaan.

4. Peluang Menjana Pendapatan Sambil Belajar

Buka mata pelajar universiti, yang apa mereka belajar sekarang boleh terus dipraktikkan dan dipasarkan. Ajar mereka untuk mencipta media sosial baharu sebagai portfolio mereka supaya mudah memasarkan diri mereka. Kebanyakkan universiti sudah mempunya khusus yang serupa, tapi malangnya diaturkan di hujung semesta. 

Di hujung semesta, pelajar-pelajar sudah hilang minat dan hanya ingin menamatkan pengajian. Khusus tersebut hanya akan dianggap sebagai sesuatu yang menjengkelkan dan bukannya keperluan. Seterusnya, boleh mula mengajar pelajar bagaimana untuk mencari kerja sambilan menggunakan apa yang diajar secara selamat di dalam talian. 

5. Mengubah Sasaran

Membantu rider meningkatkan pendapatan dengan pembelajaran

Mensasarkan ‘rider-rider’ dan influencer follower rendah. Kenapa dua kategori ini? Dua kategori inilah pilihan pekerjaan lepasan SPM, dan pekerjaan inilah yang menyebabkan lepasan SPM tidak mahu menyambung belajar ke U. Di sini, mereka telah pun mendalami alam pekerjaan, dan pihak universiti boleh mengambil peluang untuk memberikan mereka peluang kedua dengan harga istimewa.

Contoh

  • Menawarkan khusus/program perniagaan kepada rider-rider supaya mereka boleh kembangkan dan meluaskan lombong rezeki mereka.
  • Menawarkan khusus branding/marketing kepada influencer-influencer supaya mereka tahu macam mana nak menjadi proaktif di ruang maya. Dalam masa sama membentuk reputasi yang bukan semua influencer berpendidikan rendah.

Apa tunggu lagi, terus tingkatkan pemasaran universiti anda sekarang. Nak pastikan ia berjaya? Kami boleh membantu, hubungi sahaja kami di sini untuk nasihat percuma!