Di Modachi, kami banyak membantu pemilik bisnes yang bergelut dengan masalah memperkenalkan syarikat mereka kepada khalayak. Menurut mereka, cabaran yang dihadapi adalah untuk mencipta ‘keriuhan’ terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat. Jika ini adalah masalah anda juga, dapatkanlah khidmat kami di Modachi sebagai agensi PR anda.
Pada hari ini, persaingan antara satu syarikat dengan syarikat yang lain sangat sengit. Justeru, masing-masing perlu memikirkan strategi pemasaran terbaik supaya dapat terus kekal relevan di pasaran. Menggunakan khidmat syarikat perhubungan awam adalah salah satu cara terbaik untuk anda yang mencari solusi sebegini.
Agensi PR mempunyai kepakaran untuk membantu bisnes anda mencapai target audien, meningkatkan kesedaran sekali gus meningkatkan jualan.
Ini sebab-sebab anda perlu dapatkan khidmat Modachi Sdn Bhd sebagai PR agency anda.
1) KEPAKARAN
Modachi adalah PR agency yang mempunyai kakitangan profesional yang telah berpengalaman selama bertahun-tahun dalam bidang perhubungan awam dan media massa.
2) PENGURUSAN MASA
Kami faham, sebagai ahli perniagaan, anda sangat sibuk dengan urusan perniagaan. Justeru anda kurang masa untuk urusan marketing. Modachi membantu urusan pemasaran anda sepenuh masa.
3) MEMUDAHKAN URUSAN
Jika anda adalah usahawan baru, mungkin anda kekurangan hubungan rapat dengan wartawan, blogger dan pempengaruh. Justeru kami di Modachi memudahkan urusan anda untuk berhubungan dengan mereka ini. Kami mempunyai hubungan baik dengan mereka yang boleh membantu menaikkan jenama anda.
4) RESULT YANG BOLEH DIUKUR
PR agency menggunakan pelbagai kayu ukur bagi mengukur potensi setiap kempen yang dijalankan. Misalnya laporan media, trafik laman sesawang dan media sosial. Daripada angka ini, anda boleh dapatkan data-data berguna untuk membuat kempen seterusnya.
Kesimpulannya, membuat pelaburan mengupah PR agency amat berbaloi bagi membantu dari segi pemasaran syarikat anda. Hubungi Modachi Sdn Bhd sekarang untuk kami bantu urusan pemasaran berstrategi untuk anda.