Konten Yang Boleh Pengaruh Prospek Buat Pembelian? Ini Yang Patut Anda Tahu

Penat betul buat konten di media sosial. Yalah, mengarang copywriting, buat poster, buat video. Namun masih boleh kira dengan jari berapa sahaja prospek yang hubungi anda. Begitu jugalah dengan urus niaga yang berjaya dilakukan. Cukup makan saja.

Apabila diselidik, memang nampak ada kekurangan pada konten yang dibuat di media sosial. Konten itu ada lompang yang perlu diisi dengan input lebih menarik. Ingin tahu konten menarik untuk meningkatkan niat pembelian dan maklum balas positif daripada prospek? Teruskan membaca artikel ini.

Susah ke nak dapatkan jualan?

KESESUAIAN (RELEVAN)

Konten yang relevan dengan situasi semasa amat diperlukan untuk membuatkan prospek membeli produk anda. Perlu diingat, konten bukan sekadar perlu menarik perhatian khalayak. Misalnya konten bersifat provokasi.

Khalayak sekarang sudah semakin bijak. Konten yang tidak senonoh hanya mencipta viral namun tidak menyebabkan khalayak berminat untuk mendapatkan produk anda.

INFORMATIF

Konten yang memaparkan informasi bermanfaat selalunya mendapat perhatian daripada khalayak yang betul-betul memerlukan informasi tersebut. Justeru mereka lebih mudah bertukar menjadi pembeli selepas mendapati produk anda boleh bantu selesaikan masalah mereka. Jadi, maklumat penting perlu ada dalam konten anda.

KREDIBILITI

Konten yang dihasilkan di laman web atau media sosial yang ada kredibiliti lebih mudah mempengaruhi kepercayaan prospek lantas membuatkan mereka bertindak untuk membeli. Tingkatkan kredibiliti platform anda misalnya laman web dan media sosial. 

Masukkan informasi misalnya sijil pengiktirafan yang diperoleh, ulasan positif mengenai produk daripada individu dikenali, rujukan sahih dan juga segala ujikaji yang pernah dijalankan. 

MUDAH DIHUBUNGI

Bagaimana anda ingin mendapatkan lebih banyak jualan jika anda sukar dihubungi. Justeru masukkan saluran untuk anda berkomunikasi dengan prospek di laman web atau media sosial supaya mereka mudah menghubungi anda.

KREATIF

Pada hari ini, konten yang berbentuk kreatif mudah untuk diingati sekali gus boleh membantu pelanggan membeli berkali-kali daripada anda. Jika konten berbentuk poster misalnya, buatlah rekaan menarik, pemilihan warna yang tepat dan perkataan yang betul. Jika video pula, pilihlah jalan cerita yang boleh menyentuh hati sama ada jenaka mahupun kisah beremosi. Jadilah insan kreatif.

Membuat konten tidak mudah. Namun tidak mustahil untuk anda membuat konten yang bagus sehingga dapat menjadikan lebih ramai individu berminat untuk mendapatkan produk atau servis anda.