7 Mindset Yang Perlu Dimiliki Oleh Pengasas Produk

Kilang OEM (Original Equipment Manufacturer) bermaksud kilang yang membuat produk untuk sesebuah jenama. Secara mudahnya, kilang-kilang sebegini membantu sesiapa sahaja yang ingin mempunyai jenama sendiri untuk menghasilkan produk. Justeru, boleh dikatakan, asal ada peruntukan, sesiapa saja boleh menjadi pengasas produk.

Kilang OEM membantu merealisasikan individu yang ingin mempunyai produk sendiri.

Pun begitu, menjadi seorang pengasas produk bukanlah hanya mengenai mempunyai kewangan. Pengasas produk perlu ada lebih daripada itu termasuklah mindset yang kukuh dan jelas mengenai kejayaan produk yang dihasilkannya.

Jika anda ingin menghasilkan produk sendiri dan bergelar pengasas, inilah antara mindset yang anda perlu ada. Teruskan membaca.

1) KREATIF

Alangkah bagusnya jika anda mempunyai pemikiran yang sangat kreatif. Ini kerana produk yang mempunyai ciri-ciri kreatif tersendiri tentunya mendapat sambutan hangat daripada pelanggan. Cuba fikirkan satu produk yang bersifat evergreen. Bukannya viral seketika, kemudian senyap sunyi daripada pasaran.

2) PEKA TERHADAP PELANGGAN

Seorang pengasas produk yang bagus perlu berfikir dan melihat sesuatu situasi itu dari kaca mata seorang pelanggan. Senang kata, jangan jadi pengasas yang syok sendiri. Produk anda perlulah berkesan untuk bantu selesaikan masalah pelanggan.

3) KELUAR DARI ZON SELESA

Pengasas produk perlu berfikiran sebagai seorang usahawan.

Apakah zon selesa bagi seorang pengasas produk? Mereka selalunya selesa dengan menghasilkan produk yang lebih kurang sama dengan produk yang telah sukses di pasaran. 

Anda perlulah berani tampil dengan idea-idea baru yang melonjakkan keunikan produk anda. Cubalah beradaptasi dengan teknologi terkini, luaskan networking dan kuasai ilmu terbaru supaya dapat menghasilkan produk yang terbaik.

4) ADA RASA TANGGUNGJAWAB

Produk yang berkualiti perlu dititikberatkan oleh pengasas produk.

Jangan hanya fikir keuntungan semata-mata! Ini paling utama. Seorang pengasas perlu ada rasa tanggungjawab terhadap pelanggan yang menggunakan produknya. Buatlah produk menggunakan bahan terbaik demi manfaat pelanggan. Bukannya menghasilkan produk sampah yang mendatangkan kemudaratan berpanjangan.

5) KEMAHIRAN MEMIMPIN

Seorang pengasas produk perlu juga mempunyai kemahiran sebagai seorang pemimpin. Ini kerana, apabila anda mempunyai produk, anda perlu berfikir sebagai seorang usahawan. Anda bukan lagi ejen bertaraf dropshipper. Anda adalah seorang pengasas yang mempunyai jenama sendiri dan boleh membuka peluang perniagaan kepada orang lain.

6) SENTIASA DAHAGAKAN ILMU

Seorang pengasas produk masih tetap perlu belajar supaya tidak tenggelam dalam keegoan. Mungkin anda sibuk dengan urusan perniagaan. Namun anda perlu tetap menambah ilmu dan mencari dapatan-dapatan terkini yang boleh melonjakkan bisnes anda. Pun begitu, jangan tersalah memilih guru bisnes.

7) FOKUS DENGAN TUJUAN ASAL

Apakah tujuan asal anda menghasilkan produk sendiri?

Apakah tujuan asal anda membuat produk sendiri? Jika anda masih belum ada tujuan, sila cari dahulu apa tujuan asal menjadi pengasas produk. Pastikan tujuan anda jelas dan memberi manfaat kepada diri anda sendiri serta insan sekeliling. Susunlah strategi supaya tujuan anda dapat dicapai sepantas mungkin. 

Dengan tujuh mindset ini, diharap anda boleh menjadi seorang pengasas produk berwawasan. Lahirnya seorang lagi usahawan di tanah air kita yang tidak mustahil anda boleh menjadi salah seorang usahawan terkemuka suatu hari nanti.