Pasarkan Cinta Untuk Menjual Berlian

Tahu tak yang sebenarnya cincin pertunangan ini semuanya strategi marketing semata-mata? Ya, budaya sekarang di mana lelaki akan membeli cincin untuk pasangan semuanya bermula dari kempen iklan untuk menaikkan penjualan berlian semata-mata. Zaman sekarang kalau nak kahwin, tak ada cincin berlian tak sah. Dah kira benda wajib dalam perkahwinan. Jahat tak jahat? 

Macam mana konsep cincin pertunangan ini wujud?

Ia bermula dari syarikat perlombongan ‘De Beers’, mereka mempunyai masalah untuk memasarkan berlian kepada orang awam lalu meminta bantuan seorang copywriter bernama Frances Gerety, dari agensi pengiklanan N. W. Ayer. Dengan bantuan Frances, terciptanya slogan ‘A Diamond is Forever’ – Berlian Adalah Selama-lamanya.

Slogan ini digunakan dalam kempen marketing untuk mengkaitkan cinta dengan berlian. Cinta bagaikan berlian, kekal selama-lamanya – dek gitu. Jadi, cincin berlian dipasarkan sebagai barang yang berharga dan diperlukan untuk membuktikan cinta seseorang itu kepada pasangannya.

Ini adalah iklan yang disiarkan pada 1977 dari De Beers. Iklan ini menekankan emosi yang sangat kuat:

  • Pantai itu boleh dikenalpasti sebagai pantai Hamptons atau Cape Cod, tempat yang menunjukkan kekayaan dan pangkat.
  • Hitam Putih seluruh iklan tetapi warna emas pada cincin berlian untuk menarik fokus.
  • Memberitahu harga, dua bulan gaji
  • Memberitahu apa yang akan membahagiakan pasangan anda

Slogan ‘A Diamond is Forever’ ini melonjakkan pembelian cincin berlian, dari 10% pengantin perempuan memiliki cincin berlian kepada 80%. Syarikat ini berjaya menjual emosi, yang cinta perlu dibelanjakan dengan batu yang tak akan musnah.

Macam mana boleh sampai Malaysia?

Selepas kolonisasi barat, kita ditayangkan iklan-iklan dan rancangan-rancangan yang menunjukkan pasangan kekasih memakaikan cincin pertunangan. Tak lupa juga orang bangsawan yang memakai cincin berlian menunjukkan kekayaan mereka.

Inai juga sudah menjadi sebahagian daripada budaya kita

Zaman sekarang kita bukan sahaja ada cincin tunang, ada juga cincin risik dan nikah. Ini semua tak diperlukan langsung, tetapi sudah menjadi sebahagian dari budaya kita, termasuk juga inai kahwin.

Hebat bukan kempen marketing ini? Impak kempen kekal sehingga sekarang, kami juga ada menyediakan servis yang sama di Modachi, cuma contact sahaja kami melalui:

Kalau tak nak pun tak apa, boleh cuba copywriting sendiri dengan hanya membaca artikel kami ini, 10 Idea Kreatif Copywriting Untuk Ejen Produk.