Pengarang Menggunakan AI, Siap Terbit Buku Dalam 6 Minggu Saja

(SUMBER dari AFP)

Di Jepun, buat kali pertamanya satu manga yang dilukis menggunakan Artificial Intelligence telah diterbitkan oleh syarikat penerbitan Shinchosha pada 9 Mac tahun ini. Rootport, pengarang buku AI yang berjudul ‘Cyberpunk: Peach John’ itu, berjaya menyiapkan 128 muka surat berwarna dalam masa enam minggu sahaja dengan bantuan AI manakala, Illustrator yang pakar pun akan mengambil masa selama setahun.

Pengarang tersebut mengakui yang dia tidak ada sebarang kemahiran melukis lalu berpaling ke AI sebagai alternatif. Dia menggunakan AI Midjourney untuk mencipta manganya. Karakter pertamanya dihasilkan dengan input mudah seperti ‘Asian boy’ dan ‘Pink hair’, proses ini hanya mengambil satu minit sahaja.

Di Twitter, pengarang memberi sedikit pandangan dalam manga tersebut

Berita ini mendapat reaksi bercampur di Jepun.

Risau dan kagum adalah reaksi yang sering diberikan netizen di Jepun. Ada yang risau artis dalam industri akan diganti dengan AI dan juga yang mengatakan lukisan AI tiada emosi. Selain itu, ada juga yang kagum dengan apa yang boleh dicapai AI dan memikirkan untuk potensi AI untuk mengurangkan beban di dalam industri.

Gallery di atas ini dibuat dengan AI

Potensi penggunaan AI di dalam industri seni

Pada awal tahun ini AI telah menunjukkan peningkatan yang ketara, di mana AI sudah sampai ke tahap boleh melakukan kerja kreatif seperti melukis dan menghasilkan cerita dongeng dengan hanya beberapa input dari pengguna. Apa maknanya pada pekerja industri seni?

  • Peningkatan kelajuan dalam menghasilkan animasi
  • Beban pelukis dapat dikurangkan
  • Penulis dan pelukis boleh menggunakan AI sebagai rujukan
  • Penerbitan sendiri menjadi lebih mudah
  • Kos dapat dikurangkan

AI kreatif yang popular sekarang:

ChatGPTBoleh digunakan untuk coding, menjawab soalan matematik, dan penulisan (artikel, resume, nasihat).
DALL-E 2
Midjourney
Stable Diffusion
ketiga-tiga ini boleh menghasilkan imej melalui input text

Adakah artis dan penulis perlu risau dibuang kerja?

Jawapannya ya dan tidak, kenapa? – pasti akan ada syarikat yang akan menghentikan pekerjanya semata-mata untuk mengurangkan kos, tetapi tak semudah itu kerana AI masih memerlukan input dari manusia dan masih tidak stabil. Rootport, pengarang manga itu sendiri berkata, apa yang dia buat tak akan menjadi trend masa depan tetapi campuran manusia dan bantuan AI pasti akan jadi trend baru.

Galleri di atas juga dibuat dengan AI, tetapi mempunyai kecacatan

Kelemahan AI:

  • Copyright akan menjadi isu utama, database AI sekarang diambil dari internet
  • Lukisan dari AI tidak stabil dan tidak konsisten
  • Output dari AI kemungkinan besar bukan yang kita nak
  • Memerlukan orang yang pakar dalam memberi input pada AI

Sepertimana yang dibincangkan di atas, penggunaan AI itu sendiri bukan senang, malahan ia akan mencipta pekerjaan baru:

  • Pakar memberi input pada AI
  • Pelukis dan editor membetulkan kecacatan yang ada pada output
  • Pelukis akan digunakan untuk input lukisan keyframe 
  • Pelukis akan dibayar untuk menggunakan lukisan mereka dalam AI secara rasmi

AI telah memberi satu lagi alternatif kepada orang ramai dalam penghasilan seni kreatif, kemungkinan akan menambah buku penerbitan sendiri yang akan menggunakan teknologi ini.