‘Oyen’ Marketing Pun Ada, Pelik Tapi Terbukti

Oyen, nama yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Kucing ini sangat popular sehingga menjadi pilihan model untuk beberapa pengiklanan syarikat besar di Malaysia. Apabila dilihat daripada jumlah ‘like’ dan komen, ia terbukti berhasil.

Kempen Oyen Marketing

Tak percaya? Ini syarikat yang menggunakannya sebagai model kempen marketing:

  • Shopee – 6.6 , 8.8 , 9.9
Shopee telah menggunakan Oyen sebanyak 3 kempen pada tahun ini
  • Domino’s Pizza
Domino’s menggunakan Oyen secara pasif
  • Petronas
Maskot harimau Petronas juga bernama Oyen

Selain syarikat, ada juga yang menjadi popular secara tidak sengaja dengan hanya kewujudan Oyen di situ – Zoo Negara, Insiden Elmina, King Oyen.

Masih tak percaya? Tahukah anda, menurut Happy Cat Malaysia, nama Oyen ialah nama kucing yang paling popular di Malaysia. Lagi popular daripada nama Tam, Putih dan Tompok.

Kajian

Satu kajian bertajuk ‘Effectiveness of Animal Images in Advertising‘ (Keberkesanan Imej Haiwan dalam Pengiklanan) telah membuktikan yang gambar haiwan akan memberikan impak positif pada marketing anda. Ia juga masih berhasil walaupun produk yang pasarkan tiada kaitan dengan haiwan.

Jadi apa tunggu lagi, gunakan Oyen Marketing ini untuk kempen pemasaran anda yang seterusnya.