Contoh Model Perniagaan Menakjubkan (Netflix Vs. Blockbuster)

Sebelum Netflix dikenali sebagai raja dalam platform penstriman, permulaan syarikat ini cumalah satu bisnes sewa DVD, sinonim dengan Blockbuster pada waktu itu. Kedua-dua jenama ini bersaing secara terus dalam pasaran yang sama tetapi model perniagaan mereka sangat berbeza, Netflix dengan model ‘ganjaran’ dan Blockbuster dengan model ‘denda’.

Pelajari daripada dua saingan ini bagaimana mereka dominasi pasaran bisnes sewa DVD.

Kedai Fizikal Vs Online Order

Blockbuster mempunyai beribu kedai fizikal di setiap negara. Penyewa boleh sahaja masuk ke dalam kedai untuk memilih filem DVD dan terus sahaja menyewa.

Netflix tiada kedai fizikal, hanya laman web untuk menyewa DVD. Penyewa perlu membuka akaun dahulu sebelum melihat pilihan DVD yang tersedia. DVD yang telah dibayar akan dihantar terus ke alamat rumah penyewa setelah beberapa hari.

Denda Vs Ganjaran

Blockbuster akan mengenakan bayaran denda kepada penyewa apabila lambat memulangkan DVD yang disewa. Penyewa tidak boleh menyewa DVD baru tanpa membayar caj denda. Ini menjadi keuntungan terbesar untuk Blockbuster. 

Netflix pula tidak mengenakan apa-apa denda kepada penyewa yang lambat pulang tetapi memberi inisiatif untuk memulangkan DVD. Penyewa ada pilihan untuk menyimpan DVD tersebut ataupun memulangkannya untuk DVD yang baru tanpa sebarang caj.

Membership Vs Langganan

Blockbuster menyediakan membership dengan beberapa kelebihan seperti tempoh pemulangan yang lebih panjang, caj denda lebih murah, kebolehan untuk menyewa lebih daripada satu DVD pada masa yang sama dan banyak lagi.

Netflix menyediakan pakej langganan bulanan – setiap bulan penyewa boleh memilih tiga DVD pilihan mereka untuk disewa dengan hanya satu harga. DVD tersebut akan dihantar satu per satu setelah DVD lama dipulangkan.

Trending Vs Personalized

Blockbuster menyusun katalog berdasarkan populariti, kategori, dan terkini.

Netflix memberikan rekomendasi berdasarkan citarasa penyewa.

Di sini anda dapat lihat saingan yang telah terbentuk antara dua jenama ini. Strategi kedua-dua jenama ini amat berbeza dan Blockbuster sudah ditelan zaman, manakala Netflix kini menjadi peneraju platform penstriman. Tiada modal perniagaan yang salah, pastikan anda memenuhi permintaan pelanggan.