5 Idea Lonjakkan Jualan Selepas Musim Perayaan

Kita baru sahaja menyambut 1 Syawal pada 22 April 2023 yang lepas. Justeru, tidak mustahil ada bisnes yang mengalami penurunan jualan disebabkan orang ramai tidak lagi membeli selepas raya. 

Ini ada 5 tip yang boleh anda ikuti untuk bantu lonjakkan jualan selepas perayaan.

1) KEMPEN JUALAN ISTIMEWA

Cuba anjurkan kempen jualan yang menarik untuk pelanggan anda. Tumpukan kepada pelanggan sedia ada terlebih dahulu. Misalnya beli secara combo untuk dapat potongan harga istimewa.

2) TAWARKAN HADIAH ATAU BAUCAR

Contoh baucar yang boleh anda buat.

Kali ini tidak melibatkan potongan harga atau diskaun. Sebaliknya anda tawarkan hadiah atau baucar kepada pembeli. Misalnya, beli bedak kompak dan dapat hadiah span. Boleh juga beli lipstik dan dapat hadiah celak. Boleh juga berikan baucar potongan harga untuk pembelian seterusnya pada masa akan datang. Hal ini turut boleh memberikan anda pelanggan setia.

3) LANCARKAN PRODUK BARU

Idea ketiga untuk melonjakkan jualan selepas musim perayaan adalah melancarkan produk baru. Hal ini sangat berkesan untuk perniagaan jenis makanan dan minuman. Wujudkan produk baru dan uar-uarkan kemunculan produk anda itu di media sosial. Pasti mudah boom!

4) AGRESIF DI MEDIA SOSIAL

Media sosial mempunyai pengaruh yang besar. Jadi, gunakan sebaik mungkin.

Pada musim perayaan, biasanya orang masih dalam mood bercuti. Justeru mereka banyak berada di media sosial. Ketika inilah anda perlu ambil peluang untuk turut sama agresif di media sosial supaya pengguna media sosial ‘nampak’ anda. Hasilkan konten yang menarik seperti video atau pertandingan supaya mereka menyertainya.

5) PROGRAM MATA GANJARAN

Setiap pembelian, berikan pelanggan anda mata ganjaran yang boleh ditebus dengan hadiah istimewa apabila cukup mata ganjarannya. Hal ini memberikan pelanggan semangat untuk membuat pembelian seterusnya supaya mendapat mata ganjaran.

Kesimpulannya, sebagai empunya bisnes, anda perlu kreatif untuk mendapatkan jualan demi jualan walaupun pada musim selepas perayaan.