6 Kesilapan Buat Marketing Bisnes, Anda Wajib Tahu Supaya Tak Rugi

Membuat marketing untuk bisnes semestinya memerlukan kos yang perlu dilaburkan. Walaupun ada yang menguar-uarkan mengenai zero cost marketing namun sebenarnya istilah itu tidak sepatutnya wujud. Masa dan tenaga juga adalah sesuatu yang bernilai dan termasuk dalam pengiraan kos.

Justeru, demi menjimatkan kos, anda sepatutnya membuat perancangan rapi mengenai strategi pemasaran. Elakkan kesilapan supaya tidak mengalami kerugian. 

Kami senaraikan kesilapan yang selalu dibuat dalam marketing.

1) SALAH TARGET

Perkara utama yang perlu difahami sebelum membuat aktiviti marketing adalah kenal siapa target anda. Anda perlu kenal pasti produk atau perkhidmatan anda itu sesuai untuk golongan yang mana satu.

Kegagalan anda mengenal pasti target bisnes anda menyebabkan aktiviti marketing anda tidak terus menuju kepada target. Sebaliknya aktiviti yang dijalankan menjadi sia-sia.

2) STRATEGI TAK JELAS

Apabila merancang aktiviti marketing, anda sepatutnya boleh mengukur keberkesanannya. Setiap aktiviti perlu ada objektif yang jelas. Jika masih samar-samar, kemas kini semula sehingga mendapat jawapan objektif aktiviti yang dijalankan.

3) MESEJ JENAMA TAK KONSISTEN

Setiap jenama perlu ada mesej yang hendak disampaikan. Mesej itulah yang perlu dikekalkan sampai bila-bila supaya orang mudah ingat. Lebih bagus jika mesej itu jadi sinonim dengan jenama anda. Mesej jenama diterjemahkan dengan lebih mudah kepada brand messaging.

Brand messaging ini merujuk juga kepada slogan, tagline dan deskripsi ringkas yang sangat kuat untuk memudahkan khalayak memahami bisnes anda.

Sekadar contoh mesej suasana riang makan bersama keluarga adalah brand messaging anda sebagai sebuah restoran makanan segera. Mesej inilah yang anda perlu bawa dalam setiap aktiviti marketing anda.

4) KEGAGALAN MENGUKUR PENCAPAIAN

Dah ada KPI untuk dicapai?

Setiap aktiviti marketing perlu ada KPI yang hendak dicapai. KPI adalah singkatan kepada Key Performance Indicator. Tanpa KPI, pasti anda tersasar kerana tidak tahu apa yang hendak dicapai.

5) PANDANG REMEH PADA MEDIA SOSIAL

Media sosial adalah aplikasi yang boleh kita gunakan secara percuma. Misalnya facebook, TikTok, YouTube dan instagram. Semuanya percuma. Asalkan ada e-mel, anda sudah boleh sign up ke media sosial.

Menggunakan media sosial dengan betul sebenarnya sangat membantu untuk menjadikan jenama anda terkenal. Ini kerana di media sosial terdapat ramai prospek yang boleh ditemui.

Jadi, usah pandang remeh pada media sosial kerana anda boleh menggunakan sebagai salah satu cara marketing yang berkesan.

Kesimpulannya, elakkan kesilapan demi kesilapan dalam menyusun atur strategi marketing supaya anda tidak membazirkan wang, masa dan tenaga membuat aktiviti yang sia-sia.