Selepas dua tahun lockdown berselang-seli, senario fesyen Malaysia kembali hidup pada tahun 2022. Daripada fashion show fizikal yang kembali kepada pelancaran label baharu, ia sememangnya merupakan masa yang mengujakan.
Pereka fesyen tanah air, Alia Bastamam berpendapat bahawa fesyen Malaysia telah menjadi lebih global dan moden setaraf brand antarabangsa yang terdapat di tanah air. Alia Bastaman menjadi pilihan ramai selebriti misalnya Neelofa dan Scha al-Yahya untuk menyarung busana menawan rekaannya.
Selama beberapa dekad, pengiklanan out-of-home (OOH) telah menjadi medium pengiklanan yang sangat berkesan untuk syarikat dalam industri fesyen. Hal ini demikian, OOH sangat jelas, mudah dikesan, mempunyai visual, bersaiz besar dan bold. OOH juga menjangkau pengguna pada masa yang sangat penting dalam membuat keputusan pembelian mereka – sejurus sebelum mereka masuk ke kedai.
Industri fesyen di tanah air boleh dikatakan telah berkembang pesat dengan wujudnya pelbagai pertunjukan fesyen yang setanding seperti jenama antarabangsa. Malah model-model atau peragawati tanah air juga ramai yang mendapat tempat untuk memperagakan busana fesyen terkenal luar negara.
Menjadi Iconic Duo Apabila Menggabungkan OOH Dengan Media Sosial
Sejak beberapa dekad yang lalu, dan lebih-lebih lagi disebabkan oleh pandemik COVID-19, tidak dinafikan media sosial telah menjadi sebahagian daripada kehidupan orang ramai dan cara efisien untuk jenama menjangkau pengguna. Menurut BigCommerce, sebuah syarikat teknologi awam, kebanyakan jenama telah bekerjasama dengan pempengaruh di media sosial untuk meningkatkan brand awareness. Namun begitu, dengan melabur semata-mata dalam pemasaran influencer, industri fesyen mengehadkan diri mereka kepada demografi khusus – pengguna Instagram dan Facebook yang mengikuti pempengaruh tertentu sahaja.
Apabila kita membandingkan antara pemasaran menggunakan influencer dengan pengiklanan OOH, hampir 90 peratus penduduk boleh dicapai tidak kira apa demografi mereka. Justeru amat rugi jika tidak menggunakan pengiklanan OOH. Pengiklanan OOH merupakan bentuk pemasaran yang paling ideal yang boleh membina brand awareness secara besar-besaran.
Pengiklanan OOH mencetuskan awareness dan keterujaan satu produk terlebih dahulu sebelum pengguna melihat ke saluran media sosial untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk. Dengan menggabungkan kedua-dua medium bersama, anda memperoleh penglibatan awal daripada iklan OOH dan terus mendapat perhatian mereka melalui media sosial. Buat masa ini, ia adalah gabungan terbaik dari segi pengiklanan dan harus disepadukan ke dalam industri fesyen.
Visual Memainkan Peranan penting untuk Pemasaran Industri Fesyen
Salah satu kaedah utama untuk memasarkan jenama pakaian ialah imejan. Rekaan grafik berserta gambar pakaian, kasut dan aksesori yang berkualiti adalah penting untuk jenama menjual produk mereka. Pengiklanan OOH sangat sesuai untuk jenis pemasaran ini. Papan iklan yang bersaiz gergasi boleh menyampaikan mesej kreatif yang besar dan bold pada skala yang tiada tandingan, yang sangat menarik dan mengujakan bakal pelanggan.
Apatah lagi bahawa iklan OOH menjangkau pengguna pada masa yang paling penting – sejurus sebelum mereka pergi ke pusat membeli-belah. Misalnya, OOH atau billboard memanfaatkan visual yang menarik untuk menyampaikan mesej dan mewujudkan hubungan emosi dengan penonton. Imej, gambar atau ilustrasi menarik perhatian target audience dan menimbulkan rasa ingin tahu atau minat terhadap produk yang diiklankan.
Meningkatkan Status dan Prestij
Melabur dalam pengiklanan OOH adalah serupa dengan membuat fashion statement secara besar-besaran, memberikan industri dengan rasa status dan prestij yang tidak dapat dinafikan. Bayangkan, iklan anda dilihat oleh ribuan pemandu yang melalui jalan raya sesak setiap hari. Papan iklan yang menjulang tinggi dihiasi dengan ciptaan haute couture terkini menarik perhatian mata yang memandang.
Penempatan strategik di kawasan trafik tinggi atau tanda tempat ikonik ini berfungsi sebagai kanvas untuk jenama menonjolkan imej eksklusif. Keterlihatan jelas papan iklan ini meningkatkan nama jenama, meletakkannya sebagai mercu tanda kemewahan dan kecanggihan di tengah-tengah landskap bandar.
Kesimpulannya, satu perkara yang pasti, pengusaha industri fesyen harus sentiasa memikirkan untuk mendapatkan kelebihan berbanding pesaing mereka kerana ia adalah sektor yang sentiasa berubah. Cara yang paling kos efektif dan menarik untuk melakukan ini adalah dengan melabur dalam pengiklanan OOH. Jenama fesyen bergantung pada visual yang kreatif dan bold untuk mempamerkan produk mereka dan berinteraksi dengan khalayak sasaran mereka. Apatah lagi apabila OOH digunakan seiring dengan medium pengiklanan lain seperti media sosial, keseluruhan kempen pemasaran industri fesyen akan dibawa ke peringkat seterusnya. Kekal mendahului pesaing anda dengan cara yang paling menarik dan meluas dengan menggunakan pengiklanan OOH.
Modachi Sdn Bhd membantu jenama anda lebih menonjol di sekitar kawasan yang berprestij. Kami mempunyai pelan pemasangan billboard di kawasan yang anda inginkan. Ingin kami bantu tonjolkan jenama anda melalui pemasaraan OOH? Mesej kami sekarang! Pasang Billboard