Dalam perniagaan, setiap usahawan pastinya berdepan dengan pelbagai krisis yang boleh menyebabkan usahawan itu jatuh terduduk. Pun begitu, ada usahawan yang mampu menangani krisis dengan bergaya.
Bagaimanakah caranya untuk terus bangkit dalam bisnes dengan keadaan krisis yang semakin kuat dan menyebabkan usahawan berada dalam keadaan tidak stabil?
Dalam buku Bangkit Bisnes Dari Krisis, karya Datuk Wira Dr Azizan Osman, beliau mengatakan, “Perniagaan itu umpama kenderaan. Perkara lain yang penting tentunya pushing factor. This is the sign of success. Perkara ini penting untuk perniagaan. Perniagaan itu umpama kenderaan. Ya, kenderaan! Ingat, kalau ia kenderaan, bererti kita perlukan pemandu. Kalau pemandu pun tidak cekap dan tidak mahir, jangan salahkan diri kalau perniagaan kecundang. Kereta kalau tidak dipandu dengan elok pun, akan terbabas.”
Bangkit Bisnes Dari Krisis, karya Datuk Wira Dr Azizan Osman
Daripada kata-kata ini, dapat dilihat bahawa seorang usahawan perlu bijak mengendalikan krisis supaya perniagaan tidak terus kecundang apabila berdepan dengan sebarang krisis tersebut.
FAHAMI FASA KRISIS
Tiga bulan pertama berada dalam perniagaan adalah fasa paling kritikal. Jika anda mahir menangani krisis ketika fasa ni, tidak mustahil perniagaan anda boleh kekala hingga tempoh setahun.
Krisis akan tetap ada walau pada fasa berapa pun tempoh perniagaan. Fasa krisis pada tempoh tiga tahun pertama ibarat pengajaran bagi seseorang usahawan untuk belajar berdepan dengan krisis.
FAHAMI FASA BISNES
Fasa bisnes berjalan secara berterusan selagi usahawan itu mampu menangani krisis yang datang pada setiap fasa. Tahun demi tahun, krisis datang dan usahawan itu mampu berdepan dengannya.
Menurut Dr Azizan Osman, untuk kekal dalam bisnes bukan hanya perlukan the right tools and the right knowledge. Percayalah, yang akan naik sebagai juara adalah orang yang persistent (gigih). Orang yang persistency dia tinggi, bermakna semangat juangnya tinggi.
FAHAMI PUSHING FACTOR
Orang yang hebat, mampu menguasai tekanan. Untuk mencapai kejayaan, terdapat dua faktor utama yang perlu difahami iaitu pertama, tekanan dan kedua, impian. Inilah pushing faktor yang perlu kita fahami dan belek kembali kenapa kita buat bisnes.
Kesimpulannya, setiap bisnes pastinya ada krisis. Apa krisis yang datang itu tidak penting namun bagaimana cara kita hadapi krisis itulah yang perlu diberikan perhatian. Bentuk krisis berbeza-beza mengikut kepada pecahan krisis itu sendiri iaitu:
- Operasi
- Sumber manusia
- Leadership
- Compliant
- Kewangan
Jika organisasi anda ada berdepan dengan mana-mana krisis, hubungi Modachi untuk dapatkan khidmat nasihat daripada pakar strategi kami.