Industri Muzik Pun Dah Guna AI (The Weeknd Pun Sama)

Hampir setiap industri bergegas ingin mengaplikasikan AI ke dalam bisnes mereka dan antara yang berjaya adalah industri muzik. Mereka menggunakan AI untuk menganalisis pattern muzik yang trending dan mengarang melodi yang serupa dengannya. Jika anda mempunyai bisnes dalam industri ini, anda akan bermasalah jika tidak mengetahui perkara ini. Jadi kami di Modachi akan berkongsikan rahsia di sebalik lagu-lagu popular.

Blog ini akan membincangkan AI yang digunakan pada lagu popular dan AI baharu yang sudah menembusi pasaran.

Lagu Popular Yang Menggunakan Bantuan AI

Terdapat beberapa lagu yang telah dicipta atau dihasilkan dengan bantuan AI, dan lagu-lagu ini semakin popular. Antaranya:

Lagu “The Weeknd – Blinding Lights” 

Lagu no.1 paling banyak dimainkan di Spotify

Dicipta dengan bantuan teknologi AI yang dipanggil Generative Adversarial Networks (GANs). GANs adalah jenis algoritma pembelajaran mesin yang boleh digunakan untuk mencipta imej atau muzik yang realistik. GAN digunakan untuk menghasilkan melodi dan akord lagu ini.

Lagu “Imogen Heap – Hide and Seek”

Gabungan AI dan air tangan manusia

Dicipta dengan bantuan teknologi yang dipanggil MIRIAM, yang merujuk kepada Music Information Retrieval and Analysis. Nama lain, MIR, adalah program perisian yang boleh digunakan untuk menganalisis muzik dan mengekstrak ciri-ciri seperti melodi, rentak, dan harmoni. Ciri-ciri ini kemudian digunakan untuk mencipta muzik ini.

Muzik Yang Dicipta Hampir Sepenuhnya Dengan AI

Platform mencipta lagu menggunakan AI

Boomy adalah platform penghasilan muzik yang menggunakan AI untuk mencipta muzik baru. Artis terkenal menggunakan AI hanya untuk mengenalpasti hala tuju yang ingin mereka ambil, tetapi dengan Boomy, ia digunakan untuk mengarang muzik dari kosong sehingga selesai, pengguna cuma perlu menyusun dan memberi prompt (arahan) yang betul sahaja.

Boomy berfungsi dengan menganalisis lagu-lagu popular dan kemudian menghasilkan muzik baru yang meniru gaya dan struktur lagu-lagu tersebut. AI dilatih dengan dataset muzik yang besar, termasuk genre seperti pop, rock, elektronik, dan hip hop. 

Menurut Boomy, platform mereka telah mengarang sebanyak 14.4 juta lagu, bersamaan 13.78% daripada lagu diseluruh dunia. Tanpa sedar, anda mungkin pernah mendengar dan ‘like’ lagu yang dicipta AI Boomy di Spotify – Spotify juga mengaku bahawa lagu janaan AI banyak di platform mereka.

Muzik, AI, dan Masa Hadapan

Penggunaan AI pada masa hadapan

Mulai sekarang AI hanya akan menjadi semakin canggih dan bijak. Tidak lama nanti hampir setiap muzik baru yang dilancarkan pasti akan ada penglibatannya dari pelbagai sudut. Kemungkinan AI akan mendominasi industri muzik juga tidak mustahil, ia seperti animasi Netflix “Carole & Tuesday”, di mana industri muzik keseluruhannya tidak lagi dikarang manusia.

Jika anda berminat untuk membuat bisnes dalam industri muzik ataupun sudah pun bekerja di dalam industri ini, sudah masanya untuk anda bertindak dan meluangkan masa untuk belajar tentang AI. Walaupun ia bukan yang biasa digunakan di Malaysia, ia pasti akan melonjakkan anda ke hadapan pesaing anda.


Macam mana dengan blog post kali ini?

Anda rasa muzik akan diambil alih AI tak?

Kongsikan pendapat anda di ruang komen.