Ini 10 Langkah Hebat Jalankan Pemasaran Menggunakan Podcast

Platform pemasaran menggunakan konten sebenarnya boleh jadi pelbagai bentuk. Boleh jadi dalam bentuk imej dan perkataan melalui website. Boleh jadi juga dalam bentuk video menggunakan platform aplikasi misalnya YouTube dan TikTok. Kini podcast jadi salah satu platform yang semakin digemari.

Podcast adalah platform format digital di internet. Menariknya, podcast menggunakan kekuatan vokal untuk dijadikan konten. Secara kreatif, boleh buat konten cerita bersiri atau berepisod. Podcast sesuai didengar menggunakan telefon bimbit dan boleh didengar pada bila-bila masa mengikut pilihan pengguna.

Ingin memulakan pemasaran di podcast? Ini 10 langkah yang boleh anda lakukan.

1) TETAPKAN TEMA

Anda perlu kenal pasti tema yang hendak dibuat di podcast anda. Daripada tema ini anda boleh kenal pasti target pendengar. 

2) KENAL PASTI FORMAT

Selepas mengetahui tema, kenal pasti format podcast anda. Maksudnya di sini adalah bagaimana cara anda hendak menyampaikan konten suara anda. Adakah menggunakan teknik wawancara, percakapan biasa atau bersembang, ceramah atau secara perbincangan antara panel.

3) LENGKAPKAN PERALATAN

Mikrofon berkualiti tinggi menghasilnya bunyi lebih baik.

Disebabkan podcast ini adalah mengenai suara, justeru anda perlu fikirkan soal kualiti rakaman suara yang akan dimuat naik ke podcast anda nanti. Anda perlu ada mikrofon, headphone dan jika mempunyai bajet, boleh beli alat yang boleh menyedapkan suara apabila dirakam. Rakaman suara berkualiti tinggi boleh menjadikan pendengar anda mendapat pengalaman menyeronokkan apabila mendengar podcast anda.

4) KEBOLEHAN MENYUNTING

Selesai merakam suara, anda perlu menyunting suara itu dengan baik. Buang bahagian yang tidak diperlukan. Masukkan elemen yang menambah cita rasa misalnya intro, muzik latar atau kesan khas suara jika bersesuaian dengan jalan cerita podcast anda.

5) PERLU SANTAI

Suara perlu santai dan suasana rakaman perlu tenang. Jangan kelam-kabut kerana pendengar boleh rasai ketidaktenteraman anda ketika membuat rakaman.

6) GRAFIK DAN DESKRIPSI MENARIK

Anda perlukan rekaan grafik untuk dijadikan cover podcast anda. Kemudian tulis deskripsi menarik supaya orang ramai terpanggil untuk mendengar podcast anda.

7) MUAT NAIK KE PLATFORM PODCAST

Pelbagai platform podcast boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda. Misalnya Apple Podcast, Spotify, Google Podcast dan beberapa lagi podcast yang boleh dikatakan sebagai popular. 

8) INTERAKSI DENGAN PENDENGAR

Dalam setiap konten podcast anda, jangan lupa minta pendengar memberikan respon melalui e-mel, media sosial atau website anda. Hal ini menjadikan podcast anda lebih menarik pendengar baru. Masukkan maklum balas mereka ke dalam podcast episod akan datang anda.

9) KOLABORASI DENGAN TETAMU ISTIMEWA

Jemput tetamu untuk memberikan variasi kepada podcast anda.

Anda juga boleh pertimbangkan untuk menjemput tetamu bersiaran dalam rakaman podcast anda. Kolaborasi ini bukan sahaja menjadikan konten anda lebih menarik, namun turut boleh meluaskan jaringan pendengar.

10) PANTAU PENCAPAIAN PODCAST ANDA

Selepas menyiapkan beberapa konten, anda sudah boleh mula memantau pencapaian podcast anda melalui analytic yang diberikan. Anda boleh lihat jumlah pendengar yang telah mendengar rakaman podcast anda. Anda juga boleh lihat jumlah maklum balas daripada pendengar dan ambil kira apa yang mereka maklumkan. Dari situ anda boleh tambah baik konten anda pada masa akan datang.

Kesimpulannya, inilah 10 langkah yang boleh anda lakukan untuk mulai membuat konten di podcast sekali gus menjadi medium pemasaran anda sendiri.