5 Asas Penting Dalam Merangka Pelan Pemasaran Digital

Dalam dunia perniagaan digital yang semakin pesat, pelan strategi pemasaran digital adalah satu keperluan asas bagi bisnes yang ingin mencapai kejayaan dalam pemasaran di dalam alam maya. Pelan strategi pemasaran digital memastikan anda boleh membuat sedekian, tetapi tidak semua tahu bagaimana untuk merangkanya.

Di bawah ini adalah kerangka kasar yang boleh membantu anda merangka pelan strategi pemasaran digital yang bersesuaian dengan bisnes anda:

1. Objektif dan Ringkasan

Tetapkan objektif yang jelas supaya senang untuk dikejar

  • Memahami ringkasan bisnes dan menetapkan objektif (masa pendek) anda
  • Memahami visi (matlamat masa panjang) bisnes anda 
  • Mengenali pasaran dan pesaing anda
  • Melakukan audit terhadap aset yang anda miliki.

Memahami visi bisnes seperti mencapai pertumbuhan penjualan sebanyak 20% setiap tahun dan mengenali kekuatan serta kelemahan pesaing anda. Melakukan audit aset untuk mengetahui sumber daya yang tidak digunakan secara optimum.

2. Siapa

  • Mengenal pasti audiens anda.
  • Mengenal pasti persona audiens dan menetapkan ukuran audiens anda.

Melakukan analisis audiens untuk mengetahui jenis pelanggan yang menjadi sasaran pasaran anda, serta pastikan jumlah audiens dapat dikenalpasti di setiap saluran media. Contohnya, siapa dan berapakah audiens anda di YouTube, LinkedIn atau Twitter? 

https://modachi.my/2023/04/13/8-faktor-utama-tentang-audience-anda-yang-perlu-anda-tahu/: 5 Asas Penting Dalam Merangka Pelan Pemasaran Digital

3.Di Mana

Pilih saluran media di mana audiens anda berada

  • Memilih campuran saluran yang optimal untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda.
  • Memilih inventori yang tepat untuk menghasilkan dan menyiarkan iklan anda.
  • Menentukan jumlah pelaburan yang diperlukan dan hasil yang diharapkan dari strategi pemasaran digital anda.

Memilih campuran saluran yang optimal seperti Google Adwords, Facebook Ads dan Instagram Ads. Menentukan anggaran pelaburan sebesar $10,000 dan target hasil sebesar 50,000 penjualan.

4. Apa

  • Menentukan format dan mesej yang akan digunakan
  • Memastikan bahawa format dan mesej yang anda pilih sesuai untuk audiens anda

Menentukan format dan mesej iklan yang akan digunakan dalam pelan pemasaran digital seperti video promosi berdurasi 30 saat yang menunjukkan manfaat produk yang dijual kepada sesiapa yang berminat.

5. Berkesan ke Tidak

Sentiasa mempersoalkan keberkesanan pemasaran anda

  • Memastikan yang pelan strategi pemasaran digital anda efektif.
  • Menggunakan pendekatan yang tepat dalam pelaporan.
  • Menggunakan alat dan teknologi yang disyorkan.
  • Mengumpulkan data yang diperlukan untuk memperkayakan strategi anda.
  • Melaksanakan strategi secara konsisten untuk mencapai objektif anda.

Menaiktaraf pelan pemasaran digital secara teratur dan memperbaiki apabila diperlukan. Menggunakan alat analisis seperti Google Analytics dan memperbarui strategi pemasaran secara berkala untuk mencapai tujuan penjualan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, melihat kejayaan iklan melalui ‘A/B Testing’.

Semoga dengan kerangka dasar ini, anda boleh merancang dan melaksanakan strategi pemasaran digital anda dengan lebih berkesan dan cekap. Sentiasa ingat untuk mengemaskini dan menyesuaikan strategi anda berdasarkan pengukuran dan analisis prestasi, dan gunakan data yang diperoleh untuk meningkatkan hasil pemasaran digital anda pada masa depan.


Jika anda berminat, kami ada menyediakan servis untuk membuat pelan strategi digital yang efektif dan mengikut trend untuk business anda. Boleh sahaja hubungi kami terus di modachi.my@gmail.com, dan bertanya sahaja perkara yang merisaukan anda.