Nak Jadi Penulis di PR Agency? Ini 10 Tugas Yang Perlu Anda Ketahui

Modachi Sdn Bhd boleh dikatakan sebagai sebuah syarikat agensi perhubungan awam (PR agency). Salah satu jawatan yang diperlukan di sini ialah penulis. Justeru, apakah tugas-tugas penulis di sebuah PR agency?

Jom kita lihat.

1) SIARAN AKHBAR

Ini boleh dikatakan sebagai satu kerja yang wajib semua penulis PR agency tahu. Anda perlu tahu menulis siaran akhbar. Anda perlu mahir menulis siaran akhbar mengikut kepada keperluan standard kewartawanan.

2) PITCH IDEA CERITA

Anda perlu kreatif mendapatkan sudut cerita menarik untuk dihantarkan kepada wartawan di pelbagai platform.

3) MENCIPTA KANDUNGAN MEDIA SOSIAL

Sebagai penulis di PR agency juga, anda perlu menulis untuk kandungan di media sosial misalnya Facebook dan Instagram.  

4) MENULIS UNTUK HANTARAN BLOG

Blog yang berstrategi perlu mesra SEO.

Menulis hantaran blog yang berstrategi dengan SEO-friendly. Blog perlulah ada informasi dan menarik untuk dibaca. 

5) MENULIS STORYTELLING

Biasanya penulis di PR agency perlu menulis kisah kejayaan klien. Justeru, anda perlu tahu cara yang berkesan untuk menulis kisah kejayaan supaya dapat memberi inspirasi kepada pembaca.

6) MENULIS SURAT BERITA (E-MEL)

Ini juga antara kandungan yang perlu ditulis oleh penulis yang berkhidmat di PR agency. E-mel surat berita bertujuan untuk memberitahu pelanggan mengenai berita, produk dan promosi terkini.

7) MENULIS SKRIP VIDEO

Kandungan berbentuk video sangat disukai pada hari ini.

Selain storytelling, siaran akhbar dan berita e-mel, anda juga perlu menulis skrip. Untuk menghasilkan skrip video, anda perlu bekerjasama dengan team produksi pembuatan video. 

8) MENULIS TEKS UCAPAN

PR agency selalu menganjurkan majlis pelancaran produk yang melibatkan kehadiran pemilik syarikat produk, media massa dan juga jemputan khas. Justeru, anda perlu tahu menulis teks ucapan untuk dibacakan oleh individu berkepentingan dalam majlis tersebut.

9) MENULIS IKLAN WEBSITE 

Pelanggan agensi anda pastinya memerlukan ayat-ayat iklan yang berkesan untuk laman sesawang mereka. Justeru anda perlu tahu strategi penulisan copywriting yang berkesan tersebut.

10) MENYUNTING DAN MEMBACA PRUF

Selain menulis, anda juga perlu mahir dalam tatabahasa. Justeru anda diperlukan untuk membaca pruf kandungan yang telah ditulis dan menyuntingnya menjadi naskhah yang bernilai tinggi tanpa kesalahan.

Sebagai penulis di PR agency, sememangnya tugas anda sangat penting untuk memastikan klien mendapat kandungan yang bermanfaat bagi perniagaan mereka. Tugas-tugas ini semuanya berkaitan dengan penulisan dan seorang penulis di PR agency perlu memahirkan diri dengan jenis-jenis penulisan ini.