Jocelyn Chia, Bad Marketing Hingga Ke Muka Depan BBC

Jocelyn Chia membuat persembahan

Jocelyn Chia, pelawak asal dari Amerika Syarikat dan dibesarkan di Singapura ini telah menggunakan tragedi MH370 sebagai bahan lawak, kini berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadikan dia pelawak yang paling diingini di luar negara.

Niat rencana ini bukan untuk bercerita moral pelawak-pelawak yang menggunakan tragedi sebagai bahan lawak, tetapi pandangan bisnes. Tidak salah lagi, isu ini telah menaikkan populariti pelawak ini ke peringkat yang tidak boleh dicapai secara biasa. Jadi, mesti apa yang dilakukan oleh Jocelyn Chia ini patut dicontohi bukan?

Adakah betul pepatah “Bad Marketing is Good Marketing”? Sampai bilakah kita boleh gunakan bad marketing sebelum ia memakan diri? Mari kita lihat ke dalam isu Jocelyn Chia ini sebagai kajian:

Kenapa Jocelyn Chia menjadi popular dan disokong Amerika Syarikat?

Pindaan pertama yang memberikan kebebasan bersuara kepada rakyat AS

Ini disebabkan dua faktor:

  • Kebebasan Bersuara
  • Audiens Sasaran

Amerika Syarikat sangat menekankan kebebasan bersuara dalam budaya mereka, ini termasuk membenarkan demonstrasi jalanan dan penggunaan isu sensitif sebagai bahan lawak. Tidak asing lagi bagi pelawak di sana untuk menggunakan bahan lucah, isu kaum, mahupun menghina ahli politik secara terbuka. Tiada had bagi mereka atas alasan, “ini cuma lawak semata-mata”.

Tak dilupakan juga Amerika Syarikat bagaikan Makkah untuk pelawak-pelawak mengadakan stand-up comedy. Peluang terbuka luas di sana kerana banyak bar, kelab, dan teater yang inginkan pelawak untuk membuat persembahan. Bukan susah untuk mencari audiens sasaran, dan semuanya dengan minda terbuka menerima apa-apa sahaja bentuk jenaka.

Bad Marketing

Isu ini bermula dengan satu klip video yang menjadi viral di media sosial. Jocelyn Chia sendiri share video tersebut di Instagramnya. Oleh kerana itu, tidak hairanlah video dan pelawak tersebut mendapat banyak respons negatif dari netizen di Malaysia. Walaupun begitu, Jocelyn tidak memberi sebarang bentuk maaf apa pun berkaitan klip tersebut. 

Ia seakan-akan disengajakan. Penulis berkata begini kerana jika pelawak ini memberi maaf dan menerangkan perbezaan kebudayaan pada peringkat awal video ini tular, sudah pasti dia tidak akan mendapat tawaran kerja dan interview yang berderet, mahupun tindakan Malaysia untuk meminta bantuan interpol.

Contoh ‘Bad Marketing’ yang dilakukan oleh bisnes lokal.

Zul Arifin di suap wripped cream dengan cara menggairahkan

Rancangan drama ‘Perempuan Itu’, di mana babak gairah dipos oleh Zul Arifin di Instagramnya sebagai teaser. Dia mendapat banyak kecaman di media sosial sehinggakan dia didenda RM30,000 atas memuat naik video yang bersifat sumbang itu.

Neelofa memberi ulasan pemilihan venue

Terdapat juga isu Neelofa Hijab, di mana pelancaran koleksi tudung muslimah baharu diadakan di kelab malam Zouk. Bila disoal pihak media, dia menerangkan yang dewan (kelab) itu memenuhi setiap keperluan yang diingini. 

Respon dari Jocelyn Chia 

Dia berasa tidak perlu meminta maaf sama sekali, bahkan baru-baru ini berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana membuatkan dia pelawak yang paling diingini di luar negara. 

“Sekarang saya ada di muka depan BBC. Diwawancara oleh @CNN, @nytimes, @BBCWorld, dan akan muncul di @FoxNews Sabtu ini. Jadi sebenarnya, Malaysia, teruskan buat apa yang kamu buat,” dengan emoji tertawa-menangis

Jocelyn Chia, menurut ciapannya di Twitter

Pelawak ini juga mula mengambil peluang untuk menjual video lawak (durasi penuh) menyindir Malaysia yang tular itu di platform Patreonnya kerana dia tahu netizen sedang mencari video ini. 

Dari respon Jocelyn Chia, kita dapat lihat yang dia berkeras tidak mahu meminta maaf dan tidak berasa bersalah sekali pun, sebaliknya dia mengambil kesempatan untuk berendam di dalam populariti baru ini. Cuma satu isu yang dia tidak sentuh, MH370- kemungkinan besar atas nasihat peguamnya.

Akibat bad marketing

Larangan penerbangan

Untuk setiap perbuatan pasti akan ada kesanya,

  • Jocelyn Chia akan sentiasa dikenali sebagai pelawak MH370
  • Tidak boleh membuat persembahan di beberapa negara Asia
  • Akan lebih berhati-hati, dan takut untuk membuat lawak
  • Perbelanjaan bertambah untuk keselamatan dan peguam
  • Akan diperhatikan pihak media untuk apa-apa isu baharu

Dari isu Jocelyn Chia ini kita, dapat memahami yang bad marketing ini umpama ‘pedang dua mata’. Akan ada buruknya, akan ada baiknya. Bergantung pada diri jika ia berbaloi atau tidak. Jika mahu lebih memahami sedikit tentang permasaran ini boleh baca blog pos, Jom Ketahui Apa Itu Bad Marketing dari kumpulan kami.